Wawrinka juara Terbuka Jepun

Wawrinka juara Terbuka Jepun

TOKYO, 11 Okt – Pemain tenis Switzerland Stan Wawrinka menumpaskan Benoit Paire dari Perancis 6-2, 6-4 semalam untuk memenangi kejuaraan keempatnya tahun ini di Terbuka Jepun.

Penyandang juara Roland Garros itu bermain penuh semangat tatkala menumpaskan rakan baiknya yang menduduki rangking ke-32 dengan mengambil masa 65 minit.

Wawrinka, yang berada pada ranking keempat dan sudah pun layak bagi final akhir tahun bulan depan di London, menjulang trofi sejak Januari di Chennai, Rotterdam dan grand slam di Paris.

Pemain berusia 30 tahun itu memenangi kejayaan ke-11 sepanjang kariernya dari 20 final dan kekal 4-0 dalam final musim ini.

Wawrinka menumpaskan Paire empat kali, termasuk dalam permainan final untuk menamatkan perlawanan di Ariake Colosseum. Pemain itu kini pada kedudukan 5-2 ke atas Paire dan adalah yang pertama dari negaranya untuk memenangi kejohanan di Tokyo sejak Roger Federer menumpaskn Tim Henman pada 2006. Paire tidak mampu melakukan yang terbaik selepas menumpaskan wira Jepun Kei Nishikori dalam separuh akhir.

Paire kini pada kedudukan 1-3 dalam final ATP, meraih penghormatan sediriannya pada Julai lepas di Sweden.

Kemenangan Wawrinka adalah yang ke-48 beliau tahun ini berbanding 13 kekalahan. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA