Wawrinka mampu tewaskan Djokovic

Wawrinka mampu tewaskan Djokovic

NEW YORK, 11 Sept – Stan Wawrinka akan cuba mendapatkan semula semangat ketika pertarungan epiknya dengan Novak Djokovic pada peringkat Grand Slam dalam bidaan untuk menewaskan pemain nombor satu itu dan meraih kejohanan Terbuka Amerika Syarikat pertamanya pagi esok.

Wawrinka kini mengejar rekod menang tewas 19-4 dengan Djokovic, yang kini mengejar kejuaraan ketiga di New York dan gelaran utama ke-13.

Namun pemain Switzerland berusia 31 tahun itu telah menewaskan Djokovic pada peringkat besar sebelum ini.

Pada 2014, Wawrinka memenangi suku akhir lima set dalam laluannya untuk memenangi kejuaraan Grand Slam pertamanya di Terbuka Australia, menewaskan Rafael Nadal pada peringkat akhir.

Dua belas bulan sebelumnya di Melbourne terdapat tanda amaran di mana Djokovic perlu berusaha hingga mata 12-10 pada set terakhir di pusingan keempat.

Tahun lepas, Djokovic melihat harapannya untuk melengkapkan keempat-empat Slam dimusnahkan dalam empat set oleh Wawrinka pada perlawanan akhir Terbuka Perancis.

Meskipun pemain Serbia itu pernah terselamat dalam perlawanan utama, ia sering di pinggir-pinggir.

Apabila dia menewaskan Wawrinka pada separuh akhir Terbuka AS 2013, dia perlu bangkit dari dua set berbalas satu.

Pada Terbuka Australia 2015, Djokovic memerlukan lagi lima set untuk memenangi perlawanan separuh akhir mereka.

“Saya berasa dia begitu bagus di mana dia selalu mencari jalan untuk bermain lebih baik. Sudah pasti dia menjadi saya lebih baik,” ujar Wawrinka.

“Perlawanan ini sering begitu menarik untuk dilihat disebabkan cara kami bermain. Saya cuba untuk menjadi lebih agresif. Saya boleh bermain secara keras. Dia pula mempunyai pertahanan yang mantap.”

Djokovic, bermain bagi kejohanan akhir utama ke-21 dan ingin memenangi gelaran Grand Slam ketiga tahun ini, sudah tahun akan ancaman lawannya itu yang kini mengejar untuk menambah koleksinya.

“Dia merupakan pemain perlawanan besar. Dia sukan bermain di peringkat paling besar, menentang pemain-pemain besar, kerana itulah masa dia meningkatkan tahap prestasinya,” ujar Djokovic. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA