Wawrinka mara, Murray tersingkir

Wawrinka mara, Murray tersingkir

INDIAN WELLS, United States, 15 Mac (AFP) – Juara Terbuka Perancis, Stan Wawrinka mara ke pusingan keempat Indian Wells, sementara pemain nombor dua dunia, Andy Murray mengalami penyingkiran mengejut pusingan ketiga kepada kepada pemain ranking 53 dunia dari Argentina, Federico Delbonis semalam.

Wawrinka juga menewaskan Andrey Kuznetsova 6-4, 7-6 (7/5) pada pusingan ketiga ATP dan pertandingan gelanggang keras WTA dan pemenang Grand Slam dua kali, Murray tewas 6-4, 4-6, 7-6 (7/3) kepada pemain Delbonis.

Wawrinka, yang akan berusia 31 tahun lewat bulan ini, memenangi dua gelaran tahun ini di Chennai dan Dubai tetapi tidak pernah melepasi suku akhir di Indian Wells, salah satu pertandingan terbesar dalam kalendar tenis di luar empat Grand Slam.

Wawrinka seterusnya akan menghadapi pilihan ke-15, David Goffin dari Belgium, yang menewaskan Guido Pella 4-6, 6-3, 6-2.

Penyingkiran Murray membuka ruang dalam persaingan lelaki, sementara Wawrinka, Richard Gasqut, Marin Cilic, Milos Raonic dan Tomas Berdych semuanya mara.

Wawrinka ketika beraksi dalam Perlawanan Terbuka BNP Paribas yang lalu di Indian Wells Tennis Garden. – AFP
Wawrinka ketika beraksi dalam Perlawanan Terbuka BNP Paribas yang lalu di Indian Wells Tennis Garden. – AFP

Wawrinka berada di atas sembilan kemenangan berturut–turut dalam final selepas menewaskan Marcos Baghdatis di Dubai. Beliau memenangi mahkota Chennai ketiga berturut–turut pada Januari lalu.

Pada tahun lepas dia memenangi empat gelaran, termasuk kemenangan 4-6, 6-4, 6-3, 6-4 ke atas pemain nombor satu, Novak Djokovic untuk memenangi Terbuka Perancis pertamanya.

Murray, 28, beraksi dalam Jelajah ATP pertamanya sejak tewas kepada Djokovic dalam final Terbuka Australia pada Januari lalu.

Murray yang juga naib juara pada 2009 dan melangkah ke pusingan suku akhir sebanyak lima kali, namun beliau kelihatan tidak selesa dengan lantunan bola tinggi dan bola pantas di persekitaran udara kering.

Beliau sudah mengubah beberapa perkara dalam beberapa tahun ini, dengan tiba lebih awal bagi berlatih untuk persediaan kejohanan itu.

Beliau juga menukar tali raketnya supaya menjadi lebih ketat hanya untuk Indian Wells namun semuanya tidak menjadi.

“Ia adalah sukar untuk tewas,” kata Murray mengenai kekalahan kepada Delbonis. “Saya bekerja keras untuk berada dalam kedudukan kemenangan.

“Saya tidak dapat membuat pukulan saya dan apabila saya melakukan kesilapan.”