Wawrinka merendah diri

Wawrinka merendah diri

PARIS, 9 Jun (AFP) – Stanislas Wawrinka menyertai kelompok pemain elit yang memenangi lebih daripada satu kejuaraan Grand Slam di Paris kelmarin namun percaya dia masih belum berada dalam kalangan pemain ternama.

Ia khusus buat kumpulan yang dipanggil ‘Big Four’ pemain tenis lelaki terdiri daripada Roger Federer (17 gelaran Grand Slam), Rafael Nadal (14), Novak Djokovic (8) dan Andy Murray (2), katanya selepas menundukkan Djokovic dalam empat set pada final Terbuka Perancis.

Ia kejuaraan Grand Slam keduanya selepas Terbuka Australia tahun lalu dan pada usia 30 tahun, dia jelas mempamerkan permainan tenis terbaiknya.

Namun dia tidak percaya ada alasan untuk memikirkan mengenai ‘Big Five’.

“Saya tidak sebagus mereka. Maksud saya Big Four. Tapi saya agak bagus untuk memenangi dua kejohanan Grand Slam,” kata Wawrinka.

Wawrinka memberikan pose kepada wartawan bersama trofi Rolland Garros di depan Menara Eifel di Paris semalam selepas menewaskan Djokovic pada final Terbuka Perancis. – AFP
Wawrinka memberikan pose kepada wartawan bersama trofi Rolland Garros di depan Menara Eifel di Paris semalam selepas menewaskan Djokovic pada final Terbuka Perancis. – AFP

“Saya boleh mengalahkan mereka pada kejohanan utama, pada separuh akhir, final. Tapi sekali lagi, ‘Big Four’ akan tetap ‘Big Four’ selama-lamanya.

“Saya tidak mahu dibandingkan dengan mereka. Saya mahu terus meningkat dan berjaya. Saya mahu mengalahkan mereka. Itu saja. Mudah bukan?”

Pemain yang berpangkalan di Lausanne itu jelas meningkat dalam beberapa tahun terakhir sekalipun sebelumnya dibayangi pemain legenda dan rakan senegara Federer.