Wawrinka padam impian Djoko

Wawrinka padam impian Djoko

PARIS, 8 Jun (AFP) – Stan Wawrinka memusnahkan impian Novak Djokovic apabila muncul juara paling tertua di Terbuka Perancis dalam tempoh 25 tahun, semalam.

Pemain berusia 30 tahun dari Switzerland itu menang 4-6, 6-4, 6-3, 6-4 ke atas pemain pilihan pertama itu, iaitu gelaran major keduanya selepas menjuarai Terbuka Australia pada 2014.

Ia juga menamatkan buruan Djokovic untuk menjadi lapan pemain lelaki yang menggondol semua gelaran Grand Slam selepas tumpas final buat kali ketiga di Roland Garros dalam masa empat tahun.

Wawrinka menjadi juara tertua di Paris sejak Andres Gomez melakukannya pada 1990, iaitu kemenangan keempatnya dalam 21 perlawanan menentang pemain dari Serbia itu.

Djokovic, pemain nombor satu dunia manakala Wawrinka diletakkan sebagai pemain pilihan kelapan bermula garang dengan memenangi set pertama.

Stan Wawrinka mengucup Piala Roland Garros selepas menundukkan Novak Djokovic di Terbuka Perancis semalam. – AFP
Stan Wawrinka mengucup Piala Roland Garros selepas menundukkan Novak Djokovic di Terbuka Perancis semalam. – AFP

Namun Wawrinka semula pada set kedua dan selepas itu menang untuk set ketiga dan keempat.

“Amat sukar untuk mempercayainya. Menentang Novak adalah satu cabaran yang paling besar. Saya tahun betapa dia mahukan gelaran di Roland Garros ini,” kata Wawrinka selepas tamat permainan.

“Ia satu keadaan yang amat sukar di sini dalam dua minggu ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih,” katanya. Djokovic, yang sebelum itu menewaskan juara sembilan kali Rafa Nadal di suku akhir dan pemain pilihan ketiga dari Britain, Andy Murray di separuh akhir berkata: “Tahniah kepada Stan, pasukannya dan keluarganya.

“Tidak mudah untuk saya berkata-kata ketika ini, namun dalam kehidupan ada yang lebih penting lagi selain kemenangan. Saya menghormatinya,” katanya.