Wawrinka tarik diri

Wawrinka tarik diri

RIO DE JANEIRO, 3 Ogos – Pemain nombor empat dunia, Stan Wawrinka, menarik diri daripada Olimpik Rio 2016, sekali gus memberi tamparan hebat kepada sukan tenis yang sebelum ini berdepan dengan penarikan diri beberapa pemain utama.

Pemain berusia 31 tahun itu adalah pemain ketiga dari Switzerland yang menarik diri selepas Roger Federer dan Belinda Bencic susulan masalah kecederaan.

“Saya sangat kecewa,” kata Wawrinka yang juga bekas juara Terbuka Perancis dan Terbuka Australia.

“Untuk bertanding di Rio adalah matlamat utama saya. Selepas Beijing (2008) dan London (2012), saya mahu menghidupkan sukan ini di Brazil.

FILES-OLY-2016-SUI-WAWRINKA

“Bagaimanapun, ia mustahil. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua atlet Switzerland yang akan bertanding di Rio dan saya akan sentiasa menyokong mereka dari jauh”.

Wawrinka cederaa di belakang di Toronto, minggu lalu yang menyaksikannya mara sehingga separuh akhir.

Dia memenangi pingat emas Olimpik dalam acara beregu pada 2008 tetapi tewas pada pusingan awal dalam acara perseorangan di London kepada Andy Murray. Pemain Australia, Sam Groth dipilih menggantikan Wawrinka. – AFP