Wayback Burgers kini di sini

Wayback Burgers kini di sini

Oleh Siti Nur Wasimah S & Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mei – Wayback Burgers, yang merupakan rangkaian restoran kasual dari Amerika Syarikat, terkenal dengan hidangan burgernya, kini berada di Negara Brunei Darussalam dengan cawangan pertamanya dibuka di Bangunan Setia Kenangan 2, Kiulap, di sini.

Cawangan pertamanya di Brunei itu menampilkan pelbagai jenis hidangan burger yang menyelerakan seperti Cheeesy, Philly, Double Beef Bacon, Rodeo, Chipotle, Patty Melt dan juga beberapa jenis sandwic, hidangan sampingan, salad serta hidangan khas untuk kanak-kanak. Wayback Burgers juga menampilkan hidangan burger mereka yang terkenal iaitu Triple Triple.

Dalam kenyataan yang diberikan, Wayback Burgers telah beroperasi di 26 buah negeri di AS dengan lebih dari 100 lokasi AS dan antarabangsa di Argentina.

Wayback Burgers, melalui perjanjian induk francais merancang untuk membuka lagi cawangan di 33 buah negara termasuk Timur Tengah, Afrika Utara, Argentina, Pakistan, Kanada, India dan Brunei.

Antara hidangan burger yang boleh didapati di Wayback Burgers.
Antara hidangan burger yang boleh didapati di Wayback Burgers.
Para pelanggan teruja menikmati hidangan burger mereka.
Para pelanggan teruja menikmati hidangan burger mereka.

ARTIKEL YANG SAMA