WAZA B18 juara Futsal Amaze 2015

WAZA B18 juara Futsal Amaze 2015

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Nov – Hasrat Spartan untuk menebus kekalahan 0-1 ke atas WAZA B18 di peringkat kumpulan dalam Kumpulan B tidak kesampaian apabila WAZA B18 menewaskannya 2-1 semasa perlawanan akhir Kejohanan Futsal Amaze 2015 malam tadi sekali gus menghadiahkan WAZA B18 gelaran juara.

Sementara SBD pula berjaya membalas dendam ke atas pasukan yang menewaskannya 0-1 di peringkat kumpulan dalam Kumpulan A, Cosmo ‘B’, apabila menewaskan pasukan berkenaan 1-0 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga untuk SBD merangkul pingat gangsa.

Anugerah ‘Pemain Paling Bernilai’ pula telah diberikan kepada pemain dari WAZA N18, Awangku Siraj bin Pengiran Hamzaz atas sumbangan 4 gol dan ciptaan golnya yang banyak membantu pasukannya menjulang kejuaraan pertama dalam sejarah pasukan dari Daerah Belait yang dibarisi pemain muda bawah 18 tahun berkenaan.

Selaku juara, WAZA B18 membawa pulang piala juara, pingat emas, wang tunai $250 dan sijil, manakala Spartan sebagai naib juara menerima piala naib juara, pingat perak dan wang tunai $200. SBD pula berpuas hati memenangi piala tempat ketiga, pingat gangsa dan wang tunai $150.

Sesi bergambar ramai tiga pasukan terbaik kejohanan, Waza B18 (biru), Spartan (hitam) dan SBD (merah hitam) bersama-sama AJK Kejohanan.
Sesi bergambar ramai tiga pasukan terbaik kejohanan, Waza B18 (biru), Spartan (hitam) dan SBD (merah hitam) bersama-sama AJK Kejohanan.

Kejohanan yang berlangsung di Dewan Hangar, Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya (JKR), Jalan Airport Lama, Berakas berkenaan merupakan Projek Tahun Akhir para pelajar Kampus Sekolah Perdagangan IBTE.

Kejohanan telah disertai sepuluh pasukan yang telah dibahagikan kepada dua kumpulan dan hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan meneruskan persaingan di peringkat separuh akhir.

Spartan menjadi pasukan pertama layak ke final setelah berjaya menewaskan Cosmo ‘B’ pada perlawanan separuh akhir pertama dengan jaringan 2-1, manakala WAZA U18 menyusul kemudian apabila menang 3-1 menerusi sepakan penalti penentuan ke atas SBD selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam masa sebenar.

ARTIKEL YANG SAMA