Waze papar suara Tony Fernandes kemudi pemandu

Waze papar suara Tony Fernandes kemudi pemandu

pg18_160915_bKUALA LUMPUR, 14 Sept – Aplikasi pengemudian serta trafik masa sebenar, Waze, kini memaparkan ciri unik menggunakan suara Pengasas/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes bagi membantu penggunanya.

Biarpun lebih sinonim sebagai peneraju syarikat penerbangan tambang rendah itu, sebaliknya di Waze, Fernandes berperanan sebagai jurupandu arah membantu pemandu mengemudi laluan di jalan raya Malaysia.

“Ramai yang bertanyakan saya mengenai perasaan sebagai juruterbang AirAsia.

Kini, anda boleh menyelami pengalaman itu dan berinteraksi di udara dengan saya sebagai pengawal trafik udara anda.

“Malah, sepertimana (tugas) pengawal trafik itu, saya juga tidak berani berjanji mengenai kesesakan (yang berlaku). Namun, apa yang saya dapat janjikan adalah membantu anda menggunakan laluan paling cepat dan kurang membosankan,” kata Fernandes dalam satu kenyataan, hari ini. – Bernama