WBC BD juara boling padang merdeka Sabah

WBC BD juara boling padang merdeka Sabah

KOTA KINABALU, SABAH, 18 Sept – Kelab Boling Padang Wisdom Brunei Darussalam (WBC BD) muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Merdeka Triples Terbuka Sabah 2016 setelah menewaskan Pasukan YES Sabah yang berlangsung di Gelanggang Boling Padang Likas, Kota Kinabalu, di sini.

Pasukan WBC BD yang diwakili oleh tiga sekeluarga iaitu Henry Inter, Jenny dan John Henry mara ke perlawanan akhir selepas menundukkan pasukan yang dianggap paling berpengalaman iaitu Lembaga Sukan Negeri Sabah 1 dalam perlawanan yang berlanjutan hingga ke ends penentuan yang berkesudahan dengan kemenangan tipis 11-10.

Dalam perlawanan akhir, WBC BD berjaya menewaskan Pasukan YES Sabah dengan keputusan yang lebih selesa 16-8 sekali gus membawa pulang wang tunai RM1,200.

Kejohanan yang diadakan selama dua hari itu merupakan anjuran Persatuan Boling Padang Sabah bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia.

Ahli-ahli WBC BD bergambar ramai bersama Presiden Persatuan Boling Padang Sabah, Ladislaus Maluda (tengah) dan Timbalan Presidennya, Haji Shuib Hashim (kanan).
Ahli-ahli WBC BD bergambar ramai bersama Presiden Persatuan Boling Padang Sabah, Ladislaus Maluda (tengah) dan Timbalan Presidennya, Haji Shuib Hashim (kanan).

ARTIKEL YANG SAMA