WBC, Bodyshop Brunei lancar projek INFAQ

WBC, Bodyshop Brunei lancar projek INFAQ

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jun – Sempena bulan Ramadan yang Mubarak ini dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, pelbagai pihak mengambil inisiatif untuk membantu keluarga-keluarga kurang berkemampuan di negara ini dengan menghulurkan sumbangan.

Antaranya, Majlis Perniagaan Wanita Brunei Darussalam (WBC) yang bekerjasama dengan Bodyshop Brunei untuk melancarkan projek INFAQ di Bodyshop, The Mall, Gadong, hari ini.

Projek ini memberikan potongan harga 10 peratus bagi pembelian mana-mana produk Bodyshop dan 15 peratus potongan harga bagi pemegang ahli Bodyshop.

Manakala itu, beberapa peratus daripada setiap pembelian produk tersebut akan dimasukkan ke dalam tabung amal WBC.

Menurut Naib Presiden WBC, Hajah Mordiah binti Haji Jackia, Projek INFAQ bererti sedekah ini adalah program amal yang ditawarkan oleh Bodyshop untuk bekerjasama bagi kedatangan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan mengumpul dana untuk ‘beg makanan WBC’ yang merangkumi 16 barang untuk diagih-agihkan kepada 50 buah keluarga yang kurang berkemampuan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.

(kiri ke kanan), Hajah Mordiah, Pengurus Pemasaran dan Latihan Bodyshop Brunei, Annie Teow, Datin Paduka Hajah Rokiah, Hajah Nelly dan Dayangku Hamdiah.
(kiri ke kanan), Hajah Mordiah, Pengurus Pemasaran dan Latihan Bodyshop Brunei, Annie Teow, Datin Paduka Hajah Rokiah, Hajah Nelly dan Dayangku Hamdiah.
Antara produk-produk The Bodyshop yang dijual dengan potongan harga 10 hingga 15 peratus sempena kerjasama dibawah projek INFAQ.
Antara produk-produk The Bodyshop yang dijual dengan potongan harga 10 hingga 15 peratus sempena kerjasama dibawah projek INFAQ.

Senarai keluarga-keluarga yang akan menerima sumbangan itu diperolehi dari Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).

“Terima kasih kepada The Bodyshop Brunei yang telah sama-sama menjayakan inisiatif amal ini, ia sebagai perkongsian perniagaan yang baik bagi kedua-dua belah pihak. Sekali lagi WBC ingin menyampaikan penghargaan kepada Bodyshop di atas kerjasama ini,” Presiden WBC, Datin Paduka Hajah Rokiah binti Haji Zakiah melahirkan penghargaannya.

Program tersebut bermula hari ini hingga 19 Jun ini dan majlis penyampaian dana INFAQ akan diadakan pada 1 Julai depan di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.

ARTIKEL YANG SAMA