WBC kritik cadangan AIBA

WBC kritik cadangan AIBA

WASHINTON, 26 Feb (Agensi) – Majlis Tinju Dunia (WBC) mengkritik hasrat Persatuan Tinju Antarabangsa kerana membenarkan petinju profesional bersaing di Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Ogos ini.

Presiden WBC, Mauricio Sulaiman (gambar) berkata, AIBA tidak mempunyai petunjuk berkenaan maksud tinju dan wakilnya.

Ketua badan pentadbiran tinju profesional juga meramalkan berkenaan bahaya terhadap ketidakseimbangan perlawanan antara petinju profesional yang berpengalaman dengan petinju amatur, jika peninju profesional menerima jemputan AIBA.

Presiden AIBA, Ching-Kuo Wu, kelmarin mengesahkan hasratnya untuk mengubah struktur kelayakan organisasinya dengan membenarkan petinju pro bersaing merebut pingat emas dalam Sukan Olimpik.

Selepas mesyuarat, malam kelmarin, Ching-Kuo berkata kertas cadangan akan disiapkan dalam tempoh sebulan dan dijangka sempat untuk dilaksanakan pada Sukan Olimpik Rio.

179645789EM010_FLOYD_MAYWEA

“Kami mahu petinju terbaik bertanding di Sukan Olimpik,” kata Kuo Wu yang turut memaklumkan bukan sesuatu yang mustahil perubahan itu dapat dilaksanakan pada Sukan Olimpik Rio, Ogos ini.

Bagaimanapun, dengan pusingan kelayakan sudah pun berlangsung untuk slot ke Rio, kemungkinan besar tiada penyertaan bintang terkemuka untuk temasya tahun ini.

Cadangan terkini AIBA untuk memadamkan jurang antara petinju pro dan amatur menarik perhatian seluruh peminat sukan itu.

“Saya akan sertai jika saya boleh,” kata petinju profesional, Wladimir Klitschko kepada Persatuan Media menerusi jurucakapnya ketika ditanya mengenai kemungkinan bersaing merebut pingat emas kedua selepas meraihnya buat Ukraine di Atlanta pada tahun 1996.