‘Wedding By The Bay’ dibuka rasmi

‘Wedding By The Bay’ dibuka rasmi

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Sim Y.H

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Okt – Pameran Perkahwinan bertema ‘Wedding By The Bay’ yang berlangsung di Kompleks Membeli-belah The Mall, Gadong, bermula kelmarin (28 Oktober) hingga 1 November dibuka secara rasmi, dengan majlis perasmiannya hari ini.

Menyempurnakan perasmian ialah Pendaftar Perkahwinan Daerah Belait dan Tutong, Yang Dimuliakan Pehin Bendahari Cina Dato Paduka Onn Siew Siong, yang kemudiannya meninjau petak-petak pameran dan memotong kek.

Turut hadir di majlis perasmian tersebut ialah Pengurus Jualan dan Pemasaran Syarikat Chatterards Advertisings selaku pengurus acara, Wendy Ngg Wenn Yee dan Juru Solek Rasmi, Ea Hui.

Menurut Pengurus Penyelesaian Reka Bentuk dari Solution By Designz, Dickson K, pameran yang dikendalikan oleh mereka itu menyediakan sebanyak 20 petak pameran.

Sepanjang acara lima hari itu, pelbagai produk-produk menarik dan perkhidmatan-perkhidmatan diketengahkan dengan konsep dan inspirasi yang berbeza daripada peserta-peserta tempatan dan antarabangsa di bawah satu bumbung.

Yang Dimuliakan Pehin Onn (tengah), Ea Hui dan Wendy Ng (kanan) bersama-sama memotong riben merasmikan pameran berkenaan.
Yang Dimuliakan Pehin Onn (tengah), Ea Hui dan Wendy Ng (kanan) bersama-sama memotong riben merasmikan pameran berkenaan.
Yang Dimuliakan Pehin Onn ketika bergambar ramai di salah sebuah petak pameran ‘Wedding By The Bay’.
Yang Dimuliakan Pehin Onn ketika bergambar ramai di salah sebuah petak pameran ‘Wedding By The Bay’.
Yang Dimuliakan Pehin Onn ketika menyaksikan pameran perkahwinan ‘Wedding By The Bay’.
Yang Dimuliakan Pehin Onn ketika menyaksikan pameran perkahwinan ‘Wedding By The Bay’.

Pameran ini juga menampilkan keperluan-keperluan perkahwinan daripada perancangan kepada bantuan khidmat profesional, sama ada majlis besar-besaran atau kecil namun indah, mengikuti kesukaan individu.

Di samping itu, para pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah hebat dengan menghasilkan cerita bergambar, mengongsi kisah percintaan mereka menerusi sembilan keping gambar.

Pasangan yang menang akan membawa pulang pakej resepsi perkahwinan termasuk jurugambar, dekorasi tempat perkahwinan, mekap dan dandanan rambut bagi pengantin perempuan, perancang perkahwinan dan sebagainya.

Selain itu, hadiah berupa pakej berbulan madu ke Bali, Indonesia turut ditawarkan bagi pasangan bertuah.

pg08_151030_c

Antara produk dan perkhidmatan yang ditawarkan semasa pameran tersebut.
Antara produk dan perkhidmatan yang ditawarkan semasa pameran tersebut.

pg08_151030_f

Lima peserta ‘Pertandingan Pengantin Perempuan Paling Fotogenik’ yang bermula dua bulan lalu, iaitu Dayang Nur Sheila Rose, Hilary Hu, Hsien Wei, Amy Ho dan Dayang Marianne binti Maraja telah dipilih untuk mara ke peringkat akhir bagi undian orang ramai semasa pameran itu.

Di pondok gambar, aktiviti ‘Copy & Paste’ turut diadakan, di mana 50 pasangan pertama setiap hari yang mendaftar di kaunter maklumat akan mendapat satu gambar segera secara percuma. Dengan gambar yang dicetak itu (tidak terhad kepada 50 pasangan berkenaan), mereka boleh menyertai peraduan Instagram dan berpeluang memenangi baju-T pasangan edisi terhad.

Semua pengunjung boleh mengundi bagi ‘Pertandingan Pengantin Perempuan Paling Fotogenik’ dan Perkahwinan Tahunan untuk memenangi baucar-baucar percuma daripada peserta pameran berkenaan.

Sementara itu, Wendy Ngg Wenn Yee menjelaskan bahawa pameran seumpama ini bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan terbaru daripada syarikat-syarikat yang ikut serta di samping memberikan bantuan dan membimbing para pasangan dalam membuat rancangan perkahwinan mereka dengan lebih selesa dan teratur.