Wenger akui mahu contohi The Foxes

Wenger akui mahu contohi The Foxes

LONDON, 8 April (AFP) – Arsene Wenger menegaskan beliau tidak berputus asa dalam menjunjung harapan Arsenal untuk memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan mengakui ada sesuatu yang boleh dipelajari daripada penguasaan Leicester di puncak liga.

Pasukan Wenger di tempat ketiga, 11 mata di belakang pemimpin liga, bertandang ke West Ham Sabtu ini untuk mengintai kemenangan ketiga berturut-turut bagi mengekalkan harapan tipis mereka untuk menjadi juara musim ini.

Kemenangan berturut-turut menentang Everton dan Watford telah meningkatkan harapan Gunners tetapi Wenger cukup realistik tatkala mengetahui keutamaan Arsenal adalah untuk memastikan mereka tidak diseret ke belakang West Ham yang kini di pinggiran empat kelab teratas.

Jika Wenger terpaksa meratapi satu lagi cubaan gagal untuk membawa gelaran ke Stadium Emirates buat kali pertama sejak 2004, dia akan berpaling kepada strategi pengambilan Leicester sebagai kunci kejayaan yang tidak dijangka.

“Apa yang kita belajar daripada Leicester City adalah apa yang lama saya sudah ketahui. Pencapaian Leicester bukan hanya bergantung kepada jumlah wang yang dibelanjakan,” kata Wenger.

pg20_160409_b

pg20_160409_c

“Ia bergantung kepada kualiti pemain yang anda bawa masuk dan kadang-kadang peluang tidak semestinya sentiasa dikaitkan dengan jumlah wang.

“Jika anda melihat dengan baik, mereka menamatkan musim lalu dengan kuat dan membawa beberapa pemain yang pernah memberikan mereka sesuatu yang lebih seperti N’Golo Kante. Dia mempunyai impak yang besar.”

Dengan perlawanan hampir ke penghujung, Wenger mengakui Arsenal perlu menang hampir kesemua baki perlawanan untuk menjulang gelaran.

“Kami tahu kempen kami hampir sempurna dan kami juga tahu kami bukan hanya melihat apa yang ada di depan, malah apa yang ada di belakang juga perlu diberikan perhatian,” katanya.

“Kami sedang dikejar oleh sekumpulan pasukan yang boleh memberikan kesukaran, jadi kami perlu memberi tumpuan kepada prestasi dan berharap selesai dengan cara yang sangat kuat. Selagi segalanya mungkin secara matematik, ada kemungkinan besar kami boleh mengejar Leicester.

“Anda melihat kesukaran Liga Perdana dan mereka amat konsisten tetapi setiap perlawanan benar-benar ketat. Ia juga boleh berlaku sebaliknya.”

Pemain Leicester City,Shinji Okazaki meraikan jaringan pertamanya bersama Jamie Vardy dan Danny Drinkwater dalam aksi Liga Perdana Menentang Newcastle United pada 14 Mac 2016. – Reuters
Pemain Leicester City,Shinji Okazaki meraikan jaringan pertamanya bersama Jamie Vardy dan Danny Drinkwater dalam aksi Liga Perdana Menentang Newcastle United pada 14 Mac 2016. – Reuters

Aaron Ramsey boleh kembali menyertai skuad tetapi Wenger tidak mungkin menukar kesebelasan utama yang telah mengecapi kemenangan berturut-turut. West Ham menang di Arsenal pada hari pembukaan musim ini dalam satu keputusan yang mengejutkan.

Sejak itu, Hammers telah menunjukkan prestasi bukan bermusim dan ketika seri dengan Crystal Palace hujung minggu lalu, harapan mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara terjejas. Bagaimanapun Slaven Bilic dan pemainnya tidak pernah berputus asa untuk merebut slot empat teratas.

“Kami masing-masing berjuang untuk slot Eropah dan dari sudut pandangan mereka, mereka cuba untuk menjadi juara,” kata Bilic.

“Mereka mengakui perlu memenangi semua baki perlawanan, jadi ia adalah satu permainan besar dengan banyak yang akan dipertaruhkan.”

Permainan ini menandakan permulaan yang mentakrifkan lapan hari dalam musim West Ham dengan pusingan ulangan suku akhir Piala FA menentang Manchester United pada 13 April, dan akan disusuli lawatan ke Leicester Ahad depan.

“Kami menentang Arsenal, kemudian ada perlawanan ulangan Piala FA menentang Manchester United, kemudian pergi ke Leicester lagi,” kata Bilic.

“Tetapi kami menghampiri permainan Arsenal dan kemudian ada tiga hari untuk pulih dan berfikir tentang Manchester United. Kami akan meletakkan pasukan terbaik untuk Sabtu ini.”

Premier League matchday 33

ARTIKEL YANG SAMA