Wenger berang lagi

Wenger berang lagi

LONDON, 8 Mac (AFP) – Arsene Wenger mempertahankan pencapaiannya selaku pengurus Arsenal bagi menyerang balas semula kritikan ‘membosankan’ yang mendesak dia melepaskan jawatan disandangnya itu.

Wenger sejak kebelakangan ini acap kali didesak penyokong dan penganalisis supaya meletak jawatan dan minggu lalu dia sekali lagi berdepan situasi sama selepas mencatat tiga kekalahan berturut-turut.

Bencana itu ternyata memberi tamparan besar kepada usaha The Gunners memburu gelaran Liga Perdana Inggeris dan kempen Liga Juara-Juara.

Legenda Arsenal, Thierry Henry berkata, dia tidak pernah melihat kemarahan penyokong kelab berkenaan selepas tewas di halaman sendiri kepada Swansea manakala bekas pengurus Liverpool, Graeme Souness menggelarkan The Gunners sebagai ‘lemah dan hambar’.

Reaksi Wenger (kiri) dan Pochettino semasa Arsenal dan Spurs bertemu untuk aksi liga di White Hart Lane, 5 Mac lalu. – Reuters
Reaksi Wenger (kiri) dan Pochettino semasa Arsenal dan Spurs bertemu untuk aksi liga di White Hart Lane, 5 Mac lalu. – Reuters

Wenger, yang kini muncul selaku pengurus paling lama berkhidmat di Eropah selepas menerajui Arsenal selama 20 tahun, dijadual berkunjung ke Hull untuk pusingan kelima Piala FA awal pagi esok dalam misi untuk menjulang trofi untuk kali ketiga berturut-turut. Ditanya sekiranya tindakan peminat ke atasnya hingga ke akhir musim ini bakal menggugat lanjutan kontrak di Arsenal, Wenger sama sekali enggan mengambil endah pandangan luar itu.

“Saya sudah berkhidmat di sini selama 19, 20 tahun dan saya sentiasa berada di sini dengan justifikasi yang saya cukup bagus untuk tugas ini,” kata Wenger.

“Saya tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dengan segala-galanya tetapi saya dapati seakan membosankan pada penghujungnya.

ARTIKEL YANG SAMA