Wenger berpisah dengan isteri

Wenger berpisah dengan isteri

LONDON, 24 Sept (DM) – Bos Arsenal Arsene Wenger sudah berpisah dengan isterinya Annie selepas spekulasi perkahwinan mereka heboh diperkatakan sejak beberapa bulan lalu.

Difahamkan kertas mahkamah difailkan di bandar tempat asal Wenger di Strasbourg Perancis menunjukkan mereka tidak lagi tinggal bersama sejak Jun tahun ini. Dokumen bahasa Perancis dikenali ‘séparé du corps’ menyatakan mereka bukan bercerai sepenuhnya tetapi berpisah mengikut perundangan – bermakna mereka tidak perlu tinggal bersama.

Sumber menyebut Wenger, 65 dan Annie, 59 berkahwin pada Disember 2010 selepas sudah lama menjalin hubungan. Mereka sudah membahagikan aset dan bersetuju dengan pakej kewangan untuk berpisah. Dalam satu temu ramah pada 2008 Wenger berjanji bersara daripada bola sepak demi memberi tumpuan kepada isterinya. Dia berkata: “10 tahun lalu saya berkata kepada isteri saya (Annie) tinggal lima tahun lagi dan sampai setakat itu tetapi saya masih berada di sini”.

ARTIKEL YANG SAMA