Wenger cabar Arsenal

Wenger cabar Arsenal

LONDON, 28 Sept – Arsene Wenger (gambar) mencabar Arsenal untuk menyasarkan kedudukan teratas kumpulan Liga Juara-Juara ketika mereka bersedia menghadapi Basel awal esok.

Pasukan Wenger itu mara ke peringkat kumpulan sejak 16 tahun lalu tetapi gagal untuk berada dalam 16 kelompok terakhir dalam enam percubaan lalu.

Masalah utama Gunners adalah ketidakupayaan untuk menyudahkan tangga teratas dalam kumpulan, yang menyaksikan mereka terbuka kepada beberapa kuasa utama Eropah dalam pusingan kalah mati yang pertama.

Tetapi, selepas seri di Paris Saint-Germain pada aksi pembukaan Kumpula A dan menewaskan Chelsea dalam Liga Perdana Sabtu lalu, Wenger berharap Arsenal boleh kekalkan rentak dan menghindarkan pasukan elit Eropah.

“Itu adalah sasaran kami tetapi kebenarannya adalah di atas padang,” katanya semalam. “Kami memiliki perlawanan yang bagus Sabtu lalu tetapi mari kita tunjukkan kita boleh mempamerkan permainan yang bagus dan berusaha dalam setiap perlawanan.

Arsenal tidak membantu diri mereka musim lalu dengan kekalahan perlawanan pertama di laman sendiri dalam persaingan menentang Olympiakos.

“Pada tahun lepas, katakan ia adalah sukar kerana kami menjadikannya sukar bagi diri sendiri dan kami telah belajar begitu juga dalam peringkat kumpulan. Ia bukan saja penting untuk layak tetapi jika boleh layak sebagai pendahulu kumpulan,” tambah Wenger.

Sementara PSG digambarkan pesaing utama kepada hasrat Wenger untuk memenangi kumpulan, pengurus berusia 66 tahun itu mengakui Basel boleh menghadiahkan kekecewaan. – AFP