Wenger dapat lampu hijau untuk bida Benzema

Wenger dapat lampu hijau untuk bida Benzema

LONDON, 9 Ogos (Agensi) – Arsene Wenger sudah pun mendapat lampu hijau untuk membawa masuk penyerang Real Madrid, Karim Benzema dengan rekod perpindahan kelab berkenaan.

Dan skuad The Gunners juga sedia membayar gaji lebih tinggi buat pemain itu, mengatasi Mesut Ozil yang menerima bayaran paling banyak sebelum ini iaitu 150,000 pound seminggu bagi memikat sasaran nombor satu itu.

Wenger terdesak untuk mengikat Benzema pada musim panas ini, selepas yakin pemain berkenaan mampu membantu skuad bimbingannya untuk menjadi pencabar utama kejuaraan pada musim ini.

Justeru, kelab itu kini sudah sedia memecahkan rekod pembelian menerusi perjanjian membawa masuk pemain berkenaan.

The Gunners bersedia membayar gaji 150,000 pound seminggu untuk mendapatkan Benzema. - Reuters
The Gunners bersedia membayar gaji 150,000 pound seminggu untuk mendapatkan Benzema. – Reuters

Pasukan itu sedia membayar sebanyak 42.5 juta pound kepada Ozil pada 2013 dan kini akan berbuat demikian ke atas Benzema pula dengan bayaran lebih tinggi.

Tatkala Real Madrid enggan melepaskan pemain, The Gunners sedar gergasi Sepanyol itu perlu ditawarkan dengan insentif lumayan bagi jika hendak berpisah dengan dia.

Arsenal bakal menerima kunjungan West Ham malam ini, dalam aksi pembukaan liga 2015/2016.

ARTIKEL YANG SAMA