Wenger dikaitkan ganti Allardyce

Wenger dikaitkan ganti Allardyce

LONDON, 29 Sept – Pengurus pasukan Arsenal, Arsene Wenger enggan mengetepikan sepenuhnya untuk menerima tawaran untuk membimbing pasukan England pada akhir musim.

Wenger dikaitkan dengan tugasan pasukan England itu berikutan keputusan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) untuk berpisah dengan Sam Allardyce kelmarin.

Teka-teki kemungkinan England berminat selepas kemenangan aksi Liga Juara-Juara 2-0 semalam ke atas Basel, Wenger berhenti seketika dalam mengesahkan dia mungkin tidak menghiraukan pendekatan FA tersebut.

Penyingkiran Allardyce itu selepas ulasan kontroversi kepada wartawan yang menyamar yang menyaksikan FA mencari bos baru dan mereka melantik jurulatih pasukan England bawah 21 tahun, Gareth Southgate sebagai pengurus sementara.

Wenger ketika mengendalikan pasukannya menentang Basel dalam saingan Liga Juara-Juara. – AFP
Wenger ketika mengendalikan pasukannya menentang Basel dalam saingan Liga Juara-Juara. – AFP

Southgate akan memilih bagi baki empat perlawanan England tahun ini dan dipujuk untuk terus membimbing sehingga akhir musim jika terdapat peluang untuk mendapatkan bos kelas tertinggi seperti Wenger.

Wenger, yang minggu ini meraikan 20 tahun bersama Gunners, menggariskan komitmennya kepada Arsenal, tetapi juga berkata masa depannya hanya terikat kepada pasukan utara London itu sehingga akhir musim.

Ditanya jika dia berbangga dikaitkan dengan tugasan itu, Wenger berkata: “Sudah tentu, tetapi keutamaan saya selalu bersama kelab ini dan sehingga akhir musim saya berada di sini. – AFP