Wenger hadapi tekanan bertemu Barca

Wenger hadapi tekanan bertemu Barca

LONDON, 21 Feb (Reuters) – Skuad Arsenal kendalian Arsene Wenger sedar skuadnya perlu mengasah ketajaman menjelang pertemuan Liga Juara-Juara dengan Barcelona minggu depan.

Arsene bingung dengan permainan bertahan Hull City pada aksi Piala FA semalam, Ketika pengendali dari Perancis itu merombak hampir keseluruhan skuad yang menewaskan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Leicester City seminggu lalu, Alexis Sanchez dan Olivier Giroud tetap diturunkan tetapi gagal mencetus jaringan pada perlawanan pusingan kelima yang berakhir dengan keputusan 0-0 itu.

Arsenal yang turun sebagai juara bertahan menguasai permainan di Stadium Emirates itu, tetapi gagal melepasi benteng padat Hull, dan Wenger lebih bimbang dengan ujian besar yang menanti mereka selepas ini.

“Kami perlu lebih berkesan di kawasan lawan kerana hari ini (semalam) kami menguasai 70 peratus permainan dan kami tidak akan mendapatnya pada Selasa malam nanti,” kata Wenger.

Aksi Wenger ketika menyaksikan perlawanan pasukannya menentang Hull City. – Reuters
Aksi Wenger ketika menyaksikan perlawanan pasukannya menentang Hull City. – Reuters

“Jadi kami perlu lebih efektif dengan penguasaan bola yang lebih rendah. “Pertemuan pertama kelompok 16 terakhir dengan Barca itu tidak sama seperti bertemu Hull – di mana pada satu ketika ia seperti barisan pertahanan menentang penyerang ketika latihan.

“Selasa malam nanti, kami memerlukan kerjasama erat kerana kami perlu bertahan bersama dan memanfaatkan sepenuhnya serangan kami, di mana ia tidak berlaku hari ini (semalam),” kata Wenger yang melengkapkan 14 kejuaraan Piala FA Arsenal dengan dua gelaran pada tahun 2014 dan 2015.

“Ia bukan apa yang sudah kita rancang tetapi dalam bola sepak ia tidak selalu seperti itu, “Ia adalah bagaimana anda bertindak balas dan bagaimana anda mencari penyelesaian kepada apa yang kita hadapi sekarang,” jelasnya lagi.

ARTIKEL YANG SAMA