Wenger kecewa seri di Anfield

Wenger kecewa seri di Anfield

LIVERPOOL, 14 Jan (AFP) – Arsene Wenger tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya selepas keputusan dramatik seri 3-3 Arsenal di Liverpool, sekali gus menyaksikan Gunners mensia-siakan peluang untuk mengukuhkan kedudukan di persada Liga Perdana.

Tetapi Wenger semalam mendakwa persaingan di Anfield menggariskan persaingan gelaran pasukannya ketika dia mencabar para pemain menggunakan kekecewaan itu sebagai motivasi bagi menjulang mahkota Inggeris yang pertama dalam tempoh 12 tahun.

Selepas Manchester City seri di laman sendiri dengan Everton, pengurus Arsenal menyaksikan jaringan penyamaan Joe Allen menjejaskan dua mata pasukannya untuk meletakkan mereka di depan pasukan tangga kedua Leicester dengan hanya perbezaan jaringan.

“Saya kecewa dengan keputusan itu dan tidak kecewa dengan persembahan mereka, walaupun jika kami bermula sedikit bimbang,” kata Wenger.

“Kekecewaan itu berlaku dengan fakta bahawa pada kedudukan 3-2 kami mempunyai tiga kedudukan untuk menukar kedudukan menjadi 4-2 tetapi telah membuat keputusan teruk.

Reaksi Wenger dan Klopp sebelum perlawanan Liverpool dan Arsenal bermula di Anfield, semalam. – Reuters
Reaksi Wenger dan Klopp sebelum perlawanan Liverpool dan Arsenal bermula di Anfield, semalam. – Reuters

“Ia satu kekecewaan bagi saya dan boleh berlaku di England tetapi pada keseluruhannya perlawanan antara kedua-dua pasukan memberikan segala-galanya.

“Lihat kepada keputusan malam ini, ia menunjukkan semua perlawanan adalah menarik.

“Saya merasa mereka perlu menukar kekecewaan itu kepada lebih banyak motivasi bagi perlawanan seterusnya kerana terdapat lebih banyak positif berbanding negatif malam ini.

“Apa yang berlaku malam ini mengukuhkan kepercayaan saya, kami boleh menjadi sebahagian besar daripada perlawanan dalam liga ini.”

Wenger berharap dia boleh meningkatkan pasukannya sebelum kunjungan ke Stoke hujung minggu ini, secara tradisinya perlawanan sukar bagi pasukannya, dengan kecederaan terhadap Alexis Sanchez dan pemain yang baru ditandatangani Mohamed Elneny berpotensi untuk beraksi.