Wenger optimis

Wenger optimis

LONDON, 29 Mac (Reuters) – Arsene Wenger menegaskan beliau tidak ragu-ragu betapa dirinya akan terus kekal sebagai pengurus Arsenal untuk musim depan.

Jurulatih dari Perancis itu berdepan tekanan yang semakin memuncak dari penyokong dengan harapan The Gunners memburu gelaran liga musim ini semakin tipis selepas prestasi mengecewakan.

Skuad bimbingannya itu kini ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Leicester City tetapi memiliki satu perlawanan dalam tangan. Bagaimanapun, Wenger menegaskan dia tidak akan meninggalkan Emirates dan kekal komited kepada kelab itu.

Ditanya sama ada terdapat keraguan yang dia akan menjadi bos Arsenal musim depan, Wenger memberitahu secara eksklusif kepada beIN Sports: “Saya tidak ragu-ragu, tidak, kerana saya komited.

“Apabila saya melakukan sesuatu, saya akan lakukannya dengan 100 peratus. Saya sentiasa komited untuk memberikan yang terbaik selagi saya di kelab itu.”

Wenger yang sudah hampir dua dekad berada di kerusi panas Arsenal, mengakui kritikan daripada penyokong adalah ‘tidak dialu-alukan’.

Penyokong kelab utara London itu resah selepas The Gunners tewas dalam dua perlawanan berturut-turut.

ARTIKEL YANG SAMA