Wenger: Ozil setaraf Bergkamp

Wenger: Ozil setaraf Bergkamp

LONDON, 29 Dis – Arsene Wenger menyifatkan Mesut Ozil setaraf legenda Arsenal, Dennis Bergkamp selepas menampilkan persembahan terbaik ketika membantu Arsenal mendaki kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 2-0 ke atas Bournemouth, semalam.

Ozil bukan sahaja meledak satu gol tetapi juga mencipta gerakan bantuan untuk jaringan kedua Arsenal pada aksi di Emirates sekali gus menambah jumlah gerakannya yang berjaya menghasilkan jaringan kepada 16 sepanjang musim ini.

Selepas membandingkan Ozil dengan Bergkamp, Wenger kemudian memuji dan menggambarkannya ‘pemain yang lengkap’.

“Lihat kepada jumlah itu. Dari sudut gerakan bantuan, mereka bercakap untuknya,” kata Wenger apabila ditanya adakah Ozil pemain terbaik di EPL.

“Dia sudah menjadi pemain bola sepak sensasi yang lengkap. Saya amat, amat gembira dengan prestasinya. Sudah tentu dia seorang pemain terbaik di Eropah.

Wenger menyifatkan Ozil setaraf pemain legenda Bergkamp (sisipan) selepas menampilkan persembahan menarik dan bertenaga dalam kemenangan aksi liga 2-0 ke atas Bournemouth, kelmarin. – Reuters
Wenger menyifatkan Ozil setaraf pemain legenda Bergkamp (sisipan) selepas menampilkan persembahan menarik dan bertenaga dalam kemenangan aksi liga 2-0 ke atas Bournemouth, kelmarin. – Reuters

“Di posisinya, dia cukup sensasi. Bergkamp lebih kepada penjaring gol berbanding dia dan dia lebih kepada bantuan, namun dia kini turut menjaringkan gol. Jadi mereka benar-benar boleh dibandingkan.

“Dia memiliki kualiti teknikal dan sesuatu yang paling saya nikmati ialah ketika dia melakukan hantarannya. Jika kamu berfikir di tempat duduk berikan bola itu sekarang, itulah yang dilakukannya. Kamu belum habis berfikir bola itu sudah pun tiada.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA