Wenger puji keupayaan Gunners

Wenger puji keupayaan Gunners

LONDON, 18 Jan – Pengurus pasukan Arsenal, Arsene Wenger memuji keupayaan pasukannya untuk berdepan pasukan Stoke yang menggunakan pendekatan “langsung” dan “fizikal” dalam perlawanan Liga Perdana yang berkesudahan seri tanpa jaringan di Stadium Britannia.

Keputusan itu membolehkan Arsenal kembali mengungguli Liga Perdana di depan Leicester City dengan perbezaan jaringan.

Selepas mengakui Stoke menjadi pasukan yang lebih teknikal di bawah bimbingan Mark Hughes, Wenger percaya Potters mengambil pendekatan yang lebih terus yang kerap dilakukan oleh bekas bos, Tony Pulis.

“Stoke mahu mengejutkan kami dengan beraksi secara langsung dan menjadikannya terlalu fizikal. Kami terpaksa berjuang,” Wenger memberitahu wartawan selepas perlawanan.

Arsene Wenger ketika mengendalikan skuadnya dalam perlawanan menentang Stoke City. - Reuters
Arsene Wenger ketika mengendalikan skuadnya dalam perlawanan menentang Stoke City. – Reuters

“Kami menjangkakan mereka untuk beraksi lebih tetapi mereka memutuskan untuk berada di laluan lain dan kami menanganinya dengan baik.”

Hughes mengurangkan kepentingan dakwaan Wenger bagi persaingan fizikal yang berlebihan, menunjukkan fakta bahawa perlawanan semalam berlalu tanpa satu pun amaran dikeluarkan.

”Saya tidak rasa ia adalah kad kuning, bukan begitu?” tanya Hughes.

“Saya tidak tahu mengapa aspek fizikal perlawanan perlu disebutkan. Saya merasakan ia adalah perlawanan bola sepak yang bagus, dengan kedua-dua pasukan cuba untuk memenangi perlawanan Liga Perdana yang penting. Ia adalah pasti yang kami lakukan.”– Reuters