Wenger tidak senang spekulasi van Gaal dipecat

Wenger tidak senang spekulasi van Gaal dipecat

LONDON, 24 Dis (Reuters) – Spekulasi mengenai Louis Van Gaal yang bakal digantikan dengan Jose Mourinho sebagai pengurus Manchester United adalah sesuatu yang biadap, menurut pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

Kekalahan United di laman sendiri kepada Norwich City pada hujung minggu lalu, selepas pengurus Belanda itu berkata dia ‘bimbang’ mengenai kedudukannya, apabila kekalahan ketiga mereka berturut-turut dan tanpa sebarang kemenangan dalam enam perlawanan di semua pertandingan.

Mourinho dipecat daripada Chelsea minggu lalu, sekali gus meningkatkan spekulasi yang Van Gaal bakal digantikan dengan pengurus yang berasal dari Portugis dan pernah menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris sebanyak tiga kali itu.

“Saya tidak mahu turut terbabit dalam spekulasi, saya secara peribadi sangat menghormati Louis Van Gaal,” kata Wenger.

“Apa yang berlaku di sana buat saat ini adalah sesuatu yang biadap. Lelaki ini sudah bekerja selama 30 tahun dalam bola sepak dan melakukan kerja yang berkualiti. Sudah tentu dia berhak mendapat lebih masa.”

Arsene Wenger menyuarakan pendapatnya terhadap spekulasi van Gaal. – Reuters
Arsene Wenger menyuarakan pendapatnya terhadap spekulasi van Gaal. – Reuters

Wenger yang pasukannya kini di tangga kedua EPL menjelang program Krismas yang sibuk, dua mata di belakang Leicester City, berkata keputusan Pep Guardiola untuk mengumumkan yang dia bakal meninggalkan Bayern Munich pada penghujung musim menambahkan lagi khabar angin itu.

“Dia adalah pengurus hebat yang berkualiti, bukan kerana apa yang dia sudah menang kerana Bayern mencipta kemenangan sebelum dia berada di sana dan (bekas kelabnya) Barcelona turut menang ketika ini.

“Tetapi kerana sikap positifnya terhadap permainan dan dia mahukan pasukannya bermain dalam sikap positif, itu yang saya hormat,” katanya.

“Jujurnya, saya tidak suka pengurus yang terpaksa keluar awal dalam perancangannya kerana ia tidak bagus buat pasukan itu sendiri dan akan menambah spekulasi terhadap pengurus lain.”

ARTIKEL YANG SAMA