Wenger yakin Gunners boleh kalahkan Bayern

Wenger yakin Gunners boleh kalahkan Bayern

LONDON, 19 Okt – Pengurus pasukan Arsenal, Arsene Wenger merasa yakin Gunners boleh mengecewakan Bayern Munich dan membuka persaingan Liga Juara-Juara mereka apabila juara Jerman itu mengunjungi Stadium Emirates esok.

Harapan Arsenal untuk mara dari peringkat kumpulan bagi persaingan kelab perdana benua bagi musim ke-16 berturut-turut berada di hujung tanduk selepas kekalahan kepada Dinamo Zagreb dan Olympiakos Pireuas dalam dua perlawanan pertama mereka.

Jika pasukan London Utara itu tewas lagi, ia adalah sukar untuk melihat mereka mara dan mereka tidak dapat melepaskan lagi mata apabila Bayern mengunjungi untuk kali ketiga dalam empat musim.

Pasukan pertahanan tuan rumah berikan yang terbaik untuk memastikan Bayern terus diperhatikan dengan pemain penyerang Robert Lewandowski, yang telah menjaringkan 22 gol bagi kelab itu dan negara musim ini yang menerajui jentera serangan pasukan dari Jerman itu.

Arsenal bagaimana pun, akan mengharapkan pemain mereka-Alexis Sanchez untuk meneruskan rentak terbaiknya bagi memberikan mereka kejayaan selepas pemain penyerang dari Chile itu mengumpulkan jumlah jaringannya kepada 10 dalam enam perlawanan dengan menjaringkan gol menentang Watford pada Dabtu lalu.

Pengurus pasukan Arsenal yakin boleh tumpaskan Bayern Munich. - Reuters
Pengurus pasukan Arsenal yakin boleh tumpaskan Bayern Munich. – Reuters

Wenger percaya pasukannya mempunyai paras keyakinan yang tepat selepas keputusan menarik mereka dalam Liga Perdana, termasuk kemenangan 3-0 ke atas Manchester United sebelum rehat antarabangsa dan kejayaan ke atas Hornets.

“Ia adalah benar (kami telah menghasilkan keputusan besar) sebelum ini, tetapi kami mahu melakukannya sekali lagi, kerana kami merasakan sedikit kesakitan (dalam Liga Juara-Juara) sedikit oleh diri kami,” Wenger memberitahu laman sesawang kelab itu, (www.arsenal.com).

Mungkin kami merasakan “kami akan memenangi perlawanan ini (dua perlawanan pertama),” tambah pengurus dari Perancis itu.

“Sekarang untuk membetulkannya, kami memerlukan persembahan hebat. Apa yang mahu kami lakukan adalah beraksi pada peringkat kami yang diperlukan kerana kami menentang pasukan yang besar.

“Paras keyakinan ada di sana, keputusan yang diperlukan juga ada di sana, kami tahu apa yang diperlukan (kerana) 0-0 adalah keputusan yang tidak bagus. Untuk menjaringkan gol, kami perlu melakukan serangan.”

Sementara itu, Penyerang prolifik Arsenal Alexis Sanchez dan Robert Lewandowski dari Bayern Munich akan berdepan satu sama lain untuk membantu pasukan masing-masing mencari kemenangan perlawanan Kumpulan F Liga Juara Juara di utara London awal pagi Rabu.

Selepas gagal menjaringkan sebarang gol dalam lapan perlawanan musim ini Sanchez penyerang Chile sudah meledak 10 gol pada enam perlawanan terakhir peringkat kelab dan negara.

Lewandowski menyumbat 22 untuk kelab dan bersama Poland termasuk 15 gol pada tujuh perlawanan terakhir.

Kekalahan kepada Olympiakos menyebabkan pengurus Arsenal Arsene Wenger mengakui kelabnya perlu melalui perlawanan sukar melayakkan diri.

“Masih ada kemungkinan untuk layak tetapi memang sukar menerima kekalahan seperti itu. Pertarungan besar menanti kami di tempat sendiri,” katanya.

Moral skuad Wenger berada pada tahap menyakinkan selepas menang 3-0 di Watford Sabtu lalu. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA