Wenger yakin terhadap pasukan kendaliannya

Wenger yakin terhadap pasukan kendaliannya

LONDON, 31 Dis (Reuters) – Pengurus Arsene Wenger telah menolak keraguan mengenai kelayakan gelaran, mengatakan statistik-statistik menyokongnya apabila menjadi pendahulu Liga Perdana di awal tahun baru.

Kemenangan selesa 2-0 ke atas Bournemouth memastikan ‘the Gunners’ mengakhiri akhir tahun di persada liga, di atas Leicester yang hanya dibezakan dengan jumlah jaringan.

Arsenal telah mengakhiri akhir tahun di persada Liga Perdana tiga kali sebelum ini sepanjang 14 tahun namun tidak mampu memenangi liga pada musim-musim itu.

“Ia menunjukkan anda bahawa kami mempunyai peluang yang baik apabila statistik menunjukkan anda bahawa lapan dari 11 tahun kebelakangan pasukan di persada liga ketika Awal Tahun Baru memenanginya,” Wenger memberitahu para pemberita.

“Saya percaya kami sudah cukup matang dan kami diberikan permintaan kualiti untuk berjuang dan bersaing.

Arsene Wenger berjabat tangan dengan Chamberlain ketika dia digantikan oleh Alex Iwobi semas perlawanan baru-baru ini. – Reuters
Arsene Wenger berjabat tangan dengan Chamberlain ketika dia digantikan oleh Alex Iwobi semas perlawanan baru-baru ini. – Reuters

“Anda menanyakan mentaliti kami, saya tidak.

Kami perlu meningkat melebihi itu dan menunjukkan bahawa kami boleh menangani semua itu dan saya percaya kami perlu dibimbing dengan bermain bola sepak yang lebih baik dan menjadi pasukan sebenar dalam setiap perlawanan dan menunjukkan kami boleh menjadi kompetitif.

“Apa yang paling penting adalah untuk merasa, di hujung musim, kami memberikan segala-galanya untuk berjaya.

“Selepas itu, jika sesiapa lebih baik daripada kami, kami perlu menerimanya, namun kami mahu berjuang untuk menunjukkan bahawa kami mempunyai peluang.

“Saya akan mengingatkan anda bahawa hanya satu pasukan memenangi liga tanpa kalah sebarang perlawanan. Itulah Kelab Bola sepak Arsenal. Ia bukan tarikh (Tahun Baru) yang memutuskan anda memenangi liga.

Kali terakhir Arsenal memenangi liga pada 2004 apabila pasukan itu menjulang gelaran liga tanpa tewas satu perlawanan pun dalam kempen itu.

Arsenal seterusnya akan menjadi hos kepada pasukan ketiga tercorot liga Newcastle United dalam saingan liga perdana Sabtu ini.