Werner sertai Scarlet

Werner sertai Scarlet

LONDON, 18 Feb (AFP) – Pemain prop Afrika Selatan, Werner Kruger telah menandatangani kontrak tiga tahun bersama Scarlet, pasukan rantau Wales itu mengumumkan saemalam.

Pemain itu, 31, akan meninggalkan pasukan Super Rugby, Bulls untuk menyertai pasukan Scarlet yang berpangkalan di Llanelli menjelang musim 2016/17.

Kruger, yang memenangi empat kap Springboks dari 2011-12, menjadi pemain Bulls pertama untuk membuat 100 kemunculan dalam Super Rugby dan Piala Curries pada Ogos 2015.

“Saya dan keluarga saya bersedia bagi fasa seterusnya di Parc y Scarlet,’ Kruger memberitahu laman sesawang kelab itu. “Saya percaya masa seterusnya akan menjadi masa pertumbuhan dan pembelajaran.”

Kruger menambah, “Kami bersedia untuk mengalami semua yang ditawarkan Wales, membuat perbezaan dan beraksi ragbi yang hebat.”

Penandatanganannya diumumkan sehari selepas pemain prop dari Wales, Rhodri Jones mengesahkan dia meninggalkan Scarlet bagi bersama pesaing hampir Welsh, Ospreys.Ketua jurulatih Scarlet, Wayne Pivac berkata, “Dia (Kruger) akan mengukuhkan kami dalam permainan dan akan membawa pengalaman luas setelah beraksi bagi scrum.

”Untuk memiliki pemain seperti Werner bagi sepanjang musim adalah sesuatu yang belum kami miliki buat beberapa ketika.

“Kehadirannya di sini di Parc y Scarlets adalah peningkatan besar bagi pemain muda mengembangkan melalui rantau.”