West Brom benam Palace

West Brom benam Palace

WEST BROMWICH, United Kingdom, 28 Feb (AFP) – West Bromwich Albion terselamat daripada kebangkitan diilhamkan Connor Wickham bagi mengetepikan Crystal Palace 3-2 malam tadi untuk terus menjamin tempat dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Menerima kunjungan bekas kelabnya di The Hawthorns, pengurus West Brom, Tony Pulis melihat pasukannya mendahului selesa 3-0 dalam tempoh 31 minit menerusi jaringan Craig Gardner, Craig Dawson dan Saido Berahino, yang mencetak gol voli menarik.

Tuan rumah mendahului pada minit ke-12, ketika Gardner menjaringkan gol dari jarak dekat selepas sepakan sudut kanan Salomon Rondon telah disekat oleh Wayne Hennessey.

Lapan minit kemudian, satu lagi gol telah berjaya dijaringkan hasil tundukan pemain tengah, Dawson dan gol ketiga pula dijaringkan oleh Rondon.

Wickham meledak dua gol pada babak kedua-jaringan kedua pada minit ke-80 – tetapi skuad tuan rumah berjaya mempertahankan kelebihan satu gol itu sehingga tamat sekali gus bergerak mengatasi Palace di kedudukan ke-13 dan menjarakkan diri 11 mata berbanding tiga pasukan terbawah.

Palace, lapan mata di depan zon penyingkiran, kini meneruskan kemarau tanpa kemenangan kepada 10 perlawanan.

Pengurus pasukan pelawat, Alan Pardew menamakan barisan sama yang melakukan kejutan menewaskan Tottenham Hotspur 1-0 dalam saingan Piala FA minggu lalu, tetapi perancangannya tidak menjadi tatkala West Brom tidak menunggu lama berada di depan.

West Browm berhadapan dengan masalah apabila Christ Brunt diusung keluar selepas mengalami kecederaan di bahagian lututnya sebelum separuh masa pertama.

ARTIKEL YANG SAMA