West Brom tambat Leicester

West Brom tambat Leicester

LONDON, 2 Mac (AFP) – Sepakan percuma Craig Gardner menghalang Leicester City daripada mendahului puncak Liga Perdana Inggeris dengan lima mata apabila West Bromwich Albion berjaya mengikat pendahulu itu 2-2, awal pagi tadi.

Selepas Salomon Rondon meletakkan West Brom di hadapan, Leicester bangkit dengan menjaringkan gol menerusi Danny Drinkwater dan Andy King, sebelum Gardner memastikan pelawat pulang dengan satu mata apabila sepakan percumanya menerjah gawang pada minit ke-50.

Tottenham Hotspur yang berada di tangga kedua boleh mengatasi Leicester dengan perbezaan jaringan jika menewaskan West Ham United pada perlawanan awal pagi esok, sementara Arsenal akan berada di belakang dengan tiga mata jika dapat menewaskan Swansea City.

Aksi Gardner ketika melakukan sepakan percuma dan berjaya menjaringkan gol kedua buat West Brom. – Reuters
Aksi Gardner ketika melakukan sepakan percuma dan berjaya menjaringkan gol kedua buat West Brom. – Reuters

“Kami banyak mencipta peluang, tetapi gagal menjaringkan gol. Ini adalah bola sepak,” kata pengurus Leicester, Claudio Ranieri kepada Sky Sports. “Tetapi saya lebih gembira berbanding selepas perlawanan menentang Norwich. Malam ini kami bermain lebih bagus.

“Kami percaya pada diri kami dan kami akan terus bertarung. Sehingga ke penghujung, setiap perlawanan penting buat kami.” Ranieri melakukan dua perubahan berbanding ketika menewaskan Norwich City 1-0 hujung minggu lalu dengan Danny Simpson dan King menggantikan Daniel Amartey serta pemain yang cedera, N’Golo Kante.

Dengan tambahan satu mata ini, Leicester masih mengekalkan kedudukannya di tangga pertama liga dengan mengumpul 57 mata.

ARTIKEL YANG SAMA