West Brom tewas, Reading mara

West Brom tewas, Reading mara

READING, 22 Feb (Agensi) – Pengurus West Bromwich, Tony Pulis membidas kelekaan pemain-pemainnya ketika tewas mengejut 1-3 kepada pasukan daripada Liga Kejuaraan, Reading ketika pusingan kelima saingan Piala FA kelmarin.

Meskipun mendahului perlawanan menerusi jaringan Darren Fletcher, namun kebangkitan Reading menerusi gol Paul McShane, Michael Hector dan Lucas Piazon menyingkirkan West Brom daripada saingan Piala FA.

Pulis menegaskan bahawa kegagalan anak-anak buahnya menangani set piece yang dilakukan Reading pada perlawanan tersebut menjadi faktor utama kekalahan skuad kendaliannya itu.

“Kami melepaskan dua gol yang berpunca daripada set piece, sedangkan kami merupakan antara pertahanan terbaik musim ini. Kami juga memiliki dua peluang terbaik untuk menjaringkan gol, namun gagal memanfaatkannya.

McShane meraikan jaringan gol pertamanya ketika menentang West Bromwich. Reading berjaya menewaskan West Bromwich dengan jaringan 3-1, sekali gus menyingkirkan pasukan itu dalam saingan Piala FA. – Reuters
McShane meraikan jaringan gol pertamanya ketika menentang West Bromwich. Reading berjaya menewaskan West Bromwich dengan jaringan 3-1, sekali gus menyingkirkan pasukan itu dalam saingan Piala FA. – Reuters

“Tahniah kepada Reading. Apabila anda berdepan pasukan seperti Reading ataupun pasukan yang beraksi dalam saingan yang lebih rendah, anda perlu berwaspada dengan set piece mereka kerana mereka sangat bagus pada situasi tersebut.

“Pada separuh masa pertama, kami bermain dan bertahan dengan baik. Selepas berjaya jaringkan gol, pemain-pemain seolah-olah sudah terleka. Mereka gagal menjalankan tugas masing-masing sehingga pasukan lawan mampu menja­ringkan gol,” kata Pulis.

Bekas pengendali Stoke City itu juga mendedahkan mereka akan kehilangan khidmat pemain pertahanan, Jonny ­Evans yang mengalami kecederaan pada perlawanan tersebut.