West Ham benam Blackburn 5-1

West Ham benam Blackburn 5-1

BLACKBURN, 22 Feb (Reuters) – West Ham United akan menemui Manchester United selepas membenam kelab Liga Kejuaraan, Blackburn Rovers 5-1 dengan jaringan daripada Dimitri Payet dan Emmanuel Emenike, masing-masing menjaringkan dua gol sekali gus menamatkan saingan dengan 10 pemain.

Terlebih dulu dibocori dan beraksi 10 pemain tidak menghalang West Ham United mengesahkan tiket ke suku akhir Piala FA dengan membelasah kelab Liga Kejuaraan, Blackburn Rovers tersebut.

Pada aksi di laman lawan, Ewood Park itu, West Ham terlebih dulu dikejutkan menerusi jaringan Ben Marshall pada minit ke-20 sebelum terpaksa beraksi kurang seorang pemain ketika permainan berbaki 15 minit.

Hanya enam minit selepas jaringan pembukaan Blackburn, West Ham berjaya menyamakan kedudukan menerusi Victor Moses sebelum Dimitri Payet menggandakan jaringan, 10 minit kemudian.

Emmanuel Emenike meneruskan penguasaan pelawat apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-64 sebelum Cheikhou Kouyate diarah keluar padang kerana dilayangkan kad merah.

Emmanuel meraikan jaringan gol keempatnya untuk West Ham bersama Dimitri Payet semasa perlawanan menentang Blackburn. – Reuters
Emmanuel meraikan jaringan gol keempatnya untuk West Ham bersama Dimitri Payet semasa perlawanan menentang Blackburn. – Reuters

Kelebihan beraksi dengan seorang pemain tidak berjaya dimanfaat Blackburn malah gawang mereka terus dibocori menerusi jaringan kedua Emenike pada minit ke-85 sebelum Payet melengkapkan kemenangan bergaya pada masa kecederaan.

Sementara itu pemegang Arsenal, pembidaan untuk menjadi kelab pertama yang memenangi Piala FA tiga tahun berturut-turut sejak abad ke-19, mesti menewaskan Hull dalam perlawanan ulangan selepas seri tanpa jaringan Sabtu lalu di Emirates.

Tottenham, kedua dalam Liga Perdana, sebelum ini dilihat Dele Alli dua kali terkena tiang dengan pukulan yang sama dan kekecewaan tersebut mengakhiri harapan mereka untuk mencontohi Liga dan Piala yang dimenangi pasukan Spurs secara ‘berganda’ yang disambut dari tahun 1960-1961.

ARTIKEL YANG SAMA