West Ham, Liverpool terikat tanpa jaringan

West Ham, Liverpool terikat tanpa jaringan

LIVERPOOL, 31 Jan – Jurgen Klopp berdepan perlawanan terkumpul yang tidak dimahukan selepas Liverpool diikat 0-0 oleh West Ham pada pusingan keempat Piala FA di Anfield, awal pagi tadi.

Bos The Reds itu memilih untuk menurunkan pasukan kurang berpengalaman bagi membolehkan beberapa pemain utama berehat, namun pengganti itu gagal mencari kemenangan berdepan lawan yang kehilangan James Tomkins dan Cheikhou Kouyate pada babak pertama kerana kecederaan.

Cubaan pemain tengah Cameron, Brannagan dan Joao Teixeira dinafikan penjaga gol Hammers, Darren Randolph, yang hanya bermain selepas pilihan pertama Adrian kembali ke Seville untuk menyambut kelahiran anak sulungnya.

Christian Benteke juga gagal menyempurnakan tiga peluang pada babak kedua, bermakna skuad kendalian Klopp akan kembali ke Upton Park bagi perlawanan ulangan bulan depan.

Liverpool, yang masih bersaing dalam empat kejohanan, bermain sembilan perlawanan pada Januari dan kini akan melalui tujuh perlawanan pada Februari.

Antara aksi dalam perlawanan tersebut. - Reuters
Antara aksi dalam perlawanan tersebut. – Reuters

Perkara terakhir dimahukan Klopp pastinya perlawanan ulangan, dan itulah yang diterimanya selepas melakukan 10 perubahan terhadap pasukan yang memastikan pasukan itu ke final Piala Liga berdepan Manchester City selepas mengatasi Stoke pada Selasa lalu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA