West Ham mungkin tidak gunakan Jendela Pertukaran

West Ham mungkin tidak gunakan Jendela Pertukaran

LIVERPOOL, 31 Dis (Reuters) – Situasi kecederaan West Ham United yang semakin pulih menandakan mereka mungkin tidak terlibat dalam pasaran pemindahan Januari ini, pengurus Slaven Bilic berkata hari ini menjelang pertembungan di saingan Liga Perdana menentang Liverpool Sabtu ini.

Empat pemain yang cedera, Dmitri Payet, Nikica Jelavic, Victor Moses dan Winston Reid semuanya dijangka akan kembali dalam masa yang dirancang dalam perlawanan Piala FA menentang pasukan divisyen dua Wolverhampton Wanderers pada 9 Januari.

“Payet sudah kembali dan telah berlatih bersama kami buat beberapa hari. Bergantung bagaimana prestasinya hari ini dia akan menyertai skuad,” Bilic memberitahu para pemberita.

“Ia adalah perangsang yang baik buat kami dan dia akan terlibat dalam permainan. Jelavic sedang berlatih hari ini dan Victor Moses dan Winston Reid sudah kembali.

“Terdapat peluang kecil bahawa Moses dan Reid akan berada dalam skuad namun mungkin mereka akan bermain dalam perlawanan Piala FA menentang Wolves.

“Saya tidak fikir kami akan menjadi terlalu aktif dalam jendela pertukaran melainkan jika sesuatu yang di luar jangkaan berlaku.”

Bilic juga melabelkan lawan mereka Sabtu ini, Liverpool, yang berada di atas West Ham di kedudukan ketujuh dan sembilan mata di belakang pendahulu Arsenal, sebagai pesaing gelaran liga.

“Liverpool adalah antara pesaing-pesaing yang akan memenangi liga, sama seperti pasukan-pasukan di atas mereka. Jika mereka bermain dengan baik, sudah tentu mereka boleh memenanginya,” Bilic berkata selepas pasukannya menamatkan perlawanan tanpa menang lapan kali berturut-turut apabila berjaya mengalahkan Southampton 2-1 Isnin lepas.

ARTIKEL YANG SAMA