West Ham rancang pikat Ibrahimovic

West Ham rancang pikat Ibrahimovic

LONDON, 29 Mac (Reuters) – Pemilik bersama West Ham, David Sullivan mendedahkan Zlatan Ibrahimovic adalah calon teratas untuk ditandatangani kelab itu dan dia menjadi sebahagian daripada rombakan skuad terbabit pada musim panas.

Ibrahimovic dijangka meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) pada akhir musim ini apabila kontrak semasanya berakhir dan dia sudah pun mendedahkan menerima tawaran dari liga utama England.

Skuad The Hammers bersama-sama dengan pesaing Liga Perdana Inggeris termasuk Chelsea dan Arsenal menjadi antara kelab yang dikaitkan dengan penyerang Sweden berusia 34 tahun itu.

Sullivan mendedahkan West Ham yang kini berada di tempat kelima dan sedang mengejar slot ke Liga Juara-Juara mengintai untuk menandatangani perpindahan bernilai tinggi dengan bekas penyerang Barcelona, Ibrahimovic yang kini menjadi calon utama.

“Kami mempunyai senarai kira-kira 10 penyerang di seluruh Eropah dan sebahagian besar wang kami akan dihabiskan untuk menandatangani penyerang,” kata Sullivan pada program talkSPORT’s Alan Brazil Sports Breakfast.

Ibrahimovic merupakan calon teratas bagi kelab West Ham untuk ditandatangani oleh pemilik bersama kelab tersebut, David Sullivan. – Reuters
Ibrahimovic merupakan calon teratas bagi kelab West Ham untuk ditandatangani oleh pemilik bersama kelab tersebut, David Sullivan. – Reuters

“Itu rancangan untuk musim depan. “Saya suka Ibrahimovic dari PSG, tetapi sama ada dia akan datang kepada kami atau tidak, saya tidak tahu. Saya tahu dia berumur 34 tahun tetapi dia seorang pemain yang hebat.”

Ibrahimovic memberi gambaran Ahad lalu bahawa mengenai perpindahannya ke Liga Perdana dan menjanjikan sesuatu yang besar pada masa depan dalam kerjayanya.

Bercakap kepada pemberita selepas sesi latihan di Friends Arena, di mana ketika Sweden berdepan dengan perlawanan persahabatan menentang Republik Czech selalu lalu, pemain berusia 34 tahun itu terbuka mengenai masa depannya selepas Paris St Germain.

“Saya telah mempunyai empat tahun yang hebat dengan mereka,” katanya, sambil menambah bahawa tidak ada rundingan sedang dijalankan dengan juara Perancis mengenai lanjutan kontrak yang tamat pada akhir musim ini.

“Hubungan saya dengan mereka hanyalah positif. Mereka telah melakukan semua yang mereka boleh untuk saya dan keluarga saya.”

Dia sentiasa terbuka dan kini dikaitkan dengan Manchester United, Ibrahimovic berkata terdapat permintaan dari kelab Liga Perdana Inggeris.