Westbrook tidak berminat pecahkan rekod

Westbrook tidak berminat pecahkan rekod

NEW YORK, 29 Nov – Russell Westbrook menegaskan dia tidak berminat dalam mengejar sejarah selepas mencatatkan triple-double kelapan musim ini yang meletakkannya untuk menyamakan rekod lama NBA yang dilakarkan Oscar Robertson.

Westbrook berada dalam rentak menarik sekali lagi untuk membantu Oklahoma City Thunder mengatasi New York Knicks 112-103 di Madison Square Garden, mencatatkan triple-double ketiganya berturut-turutnya ke-45 sepanjang kerjayanya.

Westbrook hanya memerlukan 20 minit di atas gelanggang untuk melengkapkan penguasaannya, sebahagian dari tarikan yang meletakkannya pada perkadaran jumlah triple-double bagi musim ini.

Pemain itu, 28, menamatkan dengan 27 mata, 18 rebound dan 14 asis.

Westbrook sekarang mencatatkan mata perkadaran 30.9 bagi satu perlawanan, 11.3 asis dan 10.4 rebound bagi musim ini.

Russell Westbrook yang beraksi cemerlang ketika Oklahama City Thunder menang 112-103 ke atas New York Knicks. – AP
Russell Westbrook yang beraksi cemerlang ketika Oklahama City Thunder menang 112-103 ke atas New York Knicks. – AP

Hanya seorang pemain dalam sejarah NBA Robertson pada 1961-62 mencatatkan keseluruhan musim dengan jumlah triple-double yang tinggi.

Westbrook dalam laluan untuk menyamakan rekod Robertson itu, meskipun 19 perlawanan telah berlalu. Persembahan Westbrook semalam membantu Thunder untuk memperbaiki rekod perlawanan kepada 11-8 sementara Knicks 8-9.

Bagaimanapun Westbrook menegaskan untuk menyamai rekod Robertson bukanlah dalam agendanya.

“Kemenangan adalah kukuh,” kata Westbrook. “Tugas saya adalah untuk keluar dan mencari cara terbaik untuk memenangi perlawanan. Buat masa sekarang kami memenangi tiga perlawanan berturut-turut dan ia adalah paling penting bagi saya.”

Enes Kanter juga membantu serangan bagi Thunder, yang keluar dari bangku simpanan untuk menjaringkan 27 mata dan mendapatkan 10 rebound dalam tempoh 28 minit.

Bagi Knicks, Derrick Rose mendahului jaringan dengan 30 mata, tujuh rebound dan empat asis.

Kristaps Porzingis menambah 21 mata dan Carmelo Anthony mencatatkan 18 mata.

Jurulatih Thunder, Billy Donovan bagaimana pun memberikan penghormatan terhadap persembahan Westbrook.

“Dia (Westbrook) jelas menggembirakan orang ramai pada malam ini,” kata Donovan. – AFP