Westbrook wira Thunder tewaskan Warriors

Westbrook wira Thunder tewaskan Warriors

OAKLAND, Amerika Syarikat (AS), 17 Mei (AFP) – Russell Westbrook menjadi inspirasi kebangkitan pada suku kedua ketika pasukan Oklahoma City Thunder berjaya menewaskan Golden State Warriors 108-102 pada Perlawanan Pembukaan Western Conference semalam.

Westbrook menghasilkan 27 mata ketika pasukan Thunder berjaya menterbalikkan defisit 60-47 pada suku pertama bagi mencatatkan kemenangan dalam pertemuan sengit di antara kedua buah pasukan dalam NBA.

Westbrook juga menghasilkan 12 asis dan enam rebound sementara rakan sepasukan Kevin Durant menamatkan dengan 26 mata ketika pasukan pelawat berjaya mendiamkan penyokong tuan rumah Golden State di Oracle Arena.

“Ia adalah dua perlawanan,’ kata Westbrook selepas kemenangan tersebut.

“Kami adalah sebuah pasukan yang hebat. Kami tidak beraksi dengan permainan yang bagus tetapi kami hadir dengan kemenangan.”

Westbrook (0) ketika bersaing dengan pemain Golden State Warriors pada Perlawanan Pembukaan Western Conference semalam dengan keputusan kemenangan 108-102 memihak kepada Pasukan Thunder. – AFP
Westbrook (0) ketika bersaing dengan pemain Golden State Warriors pada Perlawanan Pembukaan Western Conference semalam dengan keputusan kemenangan 108-102 memihak kepada Pasukan Thunder. – AFP

Westbrook memainkan peranan penting di bahagian pertahanan, masa dan sekali lagi menggunakan kelajuannya untuk menghalang hantaran–hantaran dari Warriors.

“Dia adalah pemain pertahanan terpantas dalam liga,’ kata jurulatih Warriors, Steve Kerr mengenai Westbrook.

“Saya rasa apabila kami kehilangan permainan agresif dan momentum kami pada separuh masa kedua, terlalu banyak yang perlu dilakukan dengan kelajuannya dan agresif,” tambah jurulatih Warriors.

Golden State dilihat memecut kepada kemenangan sebelah pihak selepas mendahului pada separuh pertama, menyudahkan beberapa jaringan Oklahoma City.

Pemain MVP NBA, Stephen Curry yang menamatkan dengan 26 mata menabur garam ke atas luka pada suku pertama dengan three-pointer jarak jauh untuk memberikan Warriors pendahuluan 13 mata.

Tetapi Thunder muncul kembali selepas rehat separuh masa dengan pasukan berbeza, dengan Westbrook menerajui untuk mengurangkan kelebihan Warriors dengan persembahan menarik suku ketiga.

ARTIKEL YANG SAMA