Westlake beli Axiall AS$2.33b

Westlake beli Axiall AS$2.33b

NEW YORK, 12 Jun (AP) – Westlake Chemical Corp telah bersetuju untuk membeli Axiall Corp dengan harga kira-kira $2.33 bilion, menamatkan pertarungan berbulan-bulan lamanya dan mewujudkan pengeluar terkenal bahan kimia termasuk klorin dan plastik.

Westlake yang berpangkapan di Houston akan membayar $33 sesaham dalam wang tunai untuk Axiall, menandakan premium sebanyak 28 peratus berbanding harga tutupnya pada Khamis. Termasuk hutang, syarikat itu sedang membayar kira-kira $3.8 bilion.

Lembaga kedua-dua syarikat meluluskan urus niaga itu, yang dijangka berakhir pada suku keempat.

Westlake pertama menawarkan Axiall $1.4 bilion, atau $20 sesaham dalam saham dan wang tunai, pada Januari. Tawaran itu adalah bernilai kira-kira $2.9 bilion termasuk hutang. Axiall menolak bidaan berkenaan sebagai terlalu rendah.

Axiall menolak satu lagi bidaan sejurus selepas tawaran pertama dan seterusnya mencari pembeli lain. Sementara itu, Westlake cuba mengganti anggota lembaga Axiall.

Axiall Corp menghasilkan bahan kimia yang digunakan dalam kertas, sabun, aluminium dan produk lain. Ia juga membuat tingkap, pintu dan produk pembinaan lain. Westlake pula menghasilkan bahan kimia yang digunakan dalam pembungkusan makanan, beg sampah dan produk lain.

ARTIKEL YANG SAMA