Westpark Kiddieland mula promosi cabutan bertuah

Westpark Kiddieland mula promosi cabutan bertuah

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jan – Westpark Kiddieland, taman permainan dalam bangunan buat hiburan seisi keluarga telah memulakan Promosi Cabutan Bertuahnya pada 18 Januari lalu sehingga 19 Februari ini.

Promosi itu menghendaki pelanggannya terutama kanak-kanak yang membeli tiket masuk daripada Westpark Kiddieland cawangan The Mall atau Westpark Kiddieland cawangan Gadong yang terletak bersebelahan dengan Restoran Papparich, berhak mengambil bahagian dalam satu cabutan bertuah daripada kotak cabutan dengan menampilkan banyak hadiah menarik untuk dimenangi.

Hadiah-hadiahnya termasuklah tiket masuk percuma ke Waterpark, tiket masuk ke Playground, hadiah misteri seperti beg kartun kecil, rantai kunci bercahaya dan bunyi, sarung kaki, ais krim, baucar makanan $5 dan nota ‘Terima Kasih’ yang didatangkan bersama satu pek pelekat percuma.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai dialu-alukan datang ke kaunter Westpark Kiddieland atau boleh hubungi talian 2432338 bagi Westpark Kiddieland cawangan Gadong atau 2457478 untuk Westpark Kiddieland The Mall.