Weststar Defence pamer kenderaan ketenteraan di DSA

Weststar Defence pamer kenderaan ketenteraan di DSA

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) – Weststar Defence Industries, cabang pertahanan dan keselamatan Weststar Group, akan mempamerkan enam kenderaan ketenteraan dan keselamatan yang terdiri daripada empat kenderaan ringan taktikal pelbagai peranan, satu pengangkut anggota berperisai dan satu ambulans di pameran perdagangan Perkhidmatan Pertahanan Asia 2016 (DSA).

“Tarikan utama pameran kami tahun ini ialah kenderaan ringan taktikal pelbagai peranan. Mudah alih dan tangkas, kenderaan operasi khas GK-M1 dan GK-M1, mampu beroperasi dalam pelbagai permukaan bumi,” kata Pengarah Urusan Weststar Group, Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim, dalam kenyataan media hari ini.

Pameran itu, yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur selama empat hari bermula esok (Isnin), menyediakan persekitaran yang sempurna bagi Weststar Defence mempamerkan teknologi dan inovasi utama industri kerana syarikat berhasrat menjadi peneraju serantau dalam kontrak pertahanan, katanya.

“Pada masa ini, banyak armada perkhidmatan kerajaan perlu diganti.

Oleh itu kami ingin membantu angkatan tentera tempatan dan serantau serta pihak berkuasa keselamatan menggantikan armada mereka dengan kenderaan unggul yang meningkatkan kecekapan operasi untuk memenuhi permintaan persekitaran operasi yang sentiasa berubah,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA