Westwood, Clarke mantapkan Terbuka Australia

Westwood, Clarke mantapkan Terbuka Australia

SYDNEY, 13 Okt – Bekas juara Lee Westwood dan pemenang Terbuka British, Darren Clarke memantapkan lagi penganjuran kejohanan Terbuka Australia bulan depan di Sydnet, menurut para penganjur hari ini.

Westwood yang merupakan pemain berasal dari England dan Clarke berasal dari Ireland Utara akan menyertai penyandang juara dan pemain nombor satu dunia Jordan Spieth dan Adam Scott bagi kejohanan 26 sehingga 29 November di kelab Golf Australia.

Westwood, 42, bekas pemain nombor satu dunia, memenangi Terbuka Australia 1997 di Kelab Golf Metropolitan Melbourne, sementara kapten baru Piala Ryder Eropah, Clark, 47, memenangi Terbuka British di Royal St George’s pada 2011.

Terbuka Australia adalah acara final menurut jadual OneAsia’s 2015. – AFP

Lee Westwood (kanan) dan Darren Clarke. – Reuters
Lee Westwood (kanan) dan Darren Clarke. – Reuters