‘What Time’ hanya wujud jika diperlukan

‘What Time’ hanya wujud jika diperlukan

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mac – Tap Get Pte. Ltd, sebuah syarikat yang baru ditubuhkan di Singapura tahun lalu, telah mengumumkan aplikasi yang unik dinamakan sebagai What Time.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, aplikasi ini membolehkan pengguna bertanya rakan-rakan “What time is it?” atau membuat kumpulan sembang berdasarkan apa yang dilakukan pada masa itu.

Kumpulan berkenaan berfungsi sebagai ruang sembang sementara untuk berbual dan berkongsi mengenai ‘masa’ tertentu. Ia bermula dengan kiraan masa daripada 24:00 jam, setiap mesej menambah 10 minit, dan jika kiraan masa berkenaan mencapai 00:00, ruang sembang berkenaan ditutup, jadi kumpulan tersebut hanya akan diteruskan selagi ia aktif.

What Time bukan pengganti IM sedia ada, sebaliknya untuk komunikasi dalam kumpulan-kumpulan mengenai acara mengejut yang patut berakhir.

Ketua Pegawai Eksekutif Tap Get, Keeran Janin dipetik sebagai berkata, sebagai penyokong awal Apple Watch mereka menyedari bahawa masa bukan hanya sekadar nombor dan jam tangan pintar adalah cara terbaik untuk memperkenalkan konteks sosial.

pg10_160325_e

“Kini, apabila saya melihat jam tangan pintar saya, ia mungkin menunjukkan jam 5 petang, tetapi dengan What Time ia juga boleh memberitahu saya bahawa rakan-rakan saya minum kopi berdekatan. Ia merupakan idea yang mudah, tetapi memandangkan jam tangan sebagai peranti peribadi yang kerap dilihat, ia mempunyai potensi untuk sangat berguna,” ujarnya.

Beliau berkata, kumpulan dalam aplikasi seperti WhatsApp dan Messenger telah berperanan besar untuk menjadikan kita lebih rapat dengan keluarga dan rakan-rakan, tetapi jika ia berlebihan untuk peristiwa-peristiwa yang tidak penting maka ia akan membuang masa.

Oleh itu, daripada menghasilkan satu platform baru, mereka mencipta What Time sebagai aplikasi alternatif kepada perbualan acara singkat yang berfungsi di samping rangkaian sosial sedia ada.

Aplikasi ini boleh didapati di Apps Store bagi peranti iOS, manakala itu bagi peranti Android, ia kini masih dalam pembangunan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aplikasi ini bolehlah melayari http://whattime.co.

ARTIKEL YANG SAMA