WhatsApp tingkat kod privasi yang lebih ketat

WhatsApp tingkat kod privasi yang lebih ketat

WASHINGTON, 6 April – Perkhidmatan pesanan popular WhatsApp berkata semalam ia telah melaksanakan ‘pengkodan penuh’, satu tindakan yang mempertingkat privasi tetapi mungkin membawa kepada konflik dengan agensi penguatkuasaan undang-undang.

Aplikasi peranti milik Facebook dengan satu bilion pengguna di seluruh dunia itu membuat pengumuman tersebut ekoran perdebatan sengit berminggu-minggu lamanya mengenai usaha oleh pihak berkuasa AS yang memaksa Apple untuk membantu memecah masuk iPhone.

“WhatsApp sentiasa menjadikan data dan komunikasi anda seberapa selamat mungkin,” kata blog yang mengumumkan perubahan itu. “Dan hari ini, kami bangga untuk mengumumkan bahawa kami telah melengkapkan satu kemajuan teknologi yang menjadikan WhatsApp pemimpin dalam melindungi komunikasi peribadi anda: pengekodan sepenuhnya.”

Ini bermakna “apabila anda menghantar mesej, satu-satunya orang yang boleh membacanya adalah orang yang ditujukan atau kumpulan yang anda hantar mesej berkenaan,” kata kenyatan. “Tidak ada sesiapa yang boleh melihat mesej tersebut. Bukan penjenayah siber. Bukan penggodam. Bukan rejim penindas. Malah bukan kami.”

Mesej keselamatan yang dikemas kinikan pada mesej WhatsApp dalam ilustrasi gambar yang diberikan kelmarin. - Reuters
Mesej keselamatan yang dikemas kinikan pada mesej WhatsApp dalam ilustrasi gambar yang diberikan kelmarin. – Reuters

Tindakan oleh firma teknologi untuk melaksanakan pengekodan di mana syarikat sendiri tidak mempunyai ‘kunci’” untuk membuka data telah menerima kritikan dalam golongan penguatkuasaan undang-undang yang mendakwa ia mewujudkan ruang ‘tanpa waran’ untuk penjenayah dan orang lain.

Pengasas bersama blog oleh WhatsApp Jan Koum dan Brian Acton berkata pengekodan adalah satu alat penting untuk penggunanya. WhatsApp dilaporkan terbabit dalam satu pertarungan mahkamah yang sama dengan kes yang membabitkan Apple, yang bertarung satu usaha persekutuan untuk memberikan bantuan dalam membuka iPhone oleh salah seorang penembak dalam pembunuhan San Bernardino pada tahun lalu.

Laporan lain berkata WhatsApp dan aplikasi lain bergelar Telegram digunakan oleh penjenayah dalam serangan Paris pada 13 November yang meninggalkan 130 orang terbunuh. – AFP