‘Where is Mr. Brown’ kembali

‘Where is Mr. Brown’ kembali

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jan – Seramai 201 orang peserta terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah menyertai Permainan Mencari ‘Where is Mr. Brown’ kali kedua yang diadakan di kawasan UBD, petang tadi.

Permainan bagi sesi kedua ini dimenangi oleh mahasiswi jurusan Perakaunan dan Kewangan Tahun 3, Dayang Irene @ Thein Hsieh Shing yang memenangi dua tiket penerbangan ke Taiwan selama empat hari tiga malam dan berkesempatan melawat Kilang Mr. Brown di sana.

Hadir menyampaikan hadiah utama bagi sesi ini ialah Pengurus Besar Aiking Trading Co Sdn Bhd, Yeo Boon Khai.

Menerusi permainan itu, para peserta juga berpeluang menerima sagu hati melalui cabutan bertuah yang disampaikan oleh Kerani Perakaunan Aiking Trading Co Sdn Bhd, Dayang Nurul Nadirah binti Radat.

Dayang Aida Batrisyia binti Haji Mohd Taufiq dan Awang Ahmad Mas’oud bin Mohd Halimi memenangi bekalan Mr. Brown Coffee selama setahun iaitu sebanyak 365 tin kopi Mr. Brown.

Bergambar ramai bersama para pemenang.
Bergambar ramai bersama para pemenang.
Khai Yeo menyampaikan hadiah utama kepada Dayang Irene.
Khai Yeo menyampaikan hadiah utama kepada Dayang Irene.

Manakala itu, lima lagi pemenang bertuah juga membawa pulang sagu hati berupa barangan Mr. Brown edisi terhad, yang dimenangi oleh Dayang Siti Nurul Azizah binti Ibrahim, Awang Zasmi bin Mohd Asmi, Awang Muhammad Faliq Saufi bin Sahfrin, Lee Wei Yee dan Awang Muhammad Khairulnizam bin Bubin.

Sesi ketiga permainan pencarian Mr. Brown ini akan diadakan semasa Pesta Pengguna ke-17 di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas pada 30 Januari ini, dan penyertaan masih lagi dibukakan kepada orang ramai.

Orang ramai yang ingin menyertai permainan itu nanti perlulah mendaftar ke laman sesawang Mr. Brown Brunei di www.mrbrownbrunei.com, dan untuk mengetahui maklumatnya terkini dan lebih lanjut, bolelah mengikuti Instagram terkini mrbrownbrunei.

Kopi Mr. Brown telah berada di negara ini lebih daripada 30 tahun dan pada masa ini, kopi tersebut amat terkenal dan disukai ramai oleh penduduk negara ini. Kini, Kopi Mr. Brown mempunyai beberapa perisa yang sedap seperti macademia nuts, cappucino, vanilla, Kopi-O Black dan Kopi-Kosong.

ARTIKEL YANG SAMA