‘Where is Mr. Brown?’

‘Where is Mr. Brown?’

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Dis – Minuman kopi yang popular di Brunei, Mr. Brown, akan mengadakan promosi istimewa melalui acara permainan pemburuan Where is Mr. Brown?, yang akan diadakan buat kali pertama di negara ini pada 27 Disember bermula pukul 1 petang di Utama Grand Superstore, The Mall, Gadong.

Dalam permainan pemburuan itu, watak kopi popular Mr. Brown telah hilang dan menjadi tanggungjawab orang ramai untuk mengesannya.

Peserta pertama yang menemui watak tersebut akan berpeluang untuk memenangi hadiah utama berupa tiket penerbangan untuk dua orang bagi melawat kilang pembuatan minuman Mr. Brown di Taiwan dan melawat tempat-tempat lainnya selama empat hari tiga malam.

Sementara itu, bagi mereka yang terlepas daripada memenangi hadiah utama itu, masih boleh mendapatkan hadiah-hadiah menarik melalui cabutan bertuah.

Dua orang pemenang bertuah akan memenangi hadiah berupa bekalan kopi Mr. Brown selama setahun dan lima orang pemenang lainnya akan membawa pulang hadiah barangan istimewa Mr. Brown edisi terhad.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai acara permainan itu, dialu-alukan untuk membuat pendaftaran secara percuma ke laman sesawang www.mrbrownbrunei.com.

Bagi mendapatkan maklumat rasmi terkini dan pengumuman mengenai permainan itu, orang ramai boleh mengikuti ‘mrbrownbrunei’ di laman media sosial Instagram.