WHO cadang Zika dianggap darurat

WHO cadang Zika dianggap darurat

GENEVA, 1 Feb – Jawatankuasa kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini mendebatkan sama ada wabak virus Zika yang disyaki menyebabkan peningkatan terhadap kecacatan kelahiran yang serius di Amerika Selatan perlu dianggap sebagai kecemasan kesihatan global.

Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran minggu lepas bahawa virus yang berpunca daripada nyamuk itu “merebak secara mendadak” di Amerika, dengan rantau itu dijangka untuk melihat sehingga empat juta kes tahun ini.

WHO sekarang di bawah tekanan untuk bertindak segera untuk menangani Zika, selepas mengakui ia begitu lambat untuk bertindak balas terhadap wabak Ebola yang melanda bahagian-bahagian Afrika barat baru-baru ini.

Walaupun tanda-tanda virus itu agak sederhana, ia dipercayai berhubung kait dengan lonjakan dalam kes-kes microcephaly, satu keadaan dahsyat di mana anak damit lahir dalam keadaan tidak sempurna iaitu mempunyai kepala dan otak yang kecil.

Sementara ia belum lagi disahkan kes-kes itu adalah penyebab kepada virus Zika, ketua WHO Chan memberi amaran minggu lepas hubungan penyebab “amat disyaki”.

Langkah membasmi Zika mula dijalankan di tempat-tempat yang disyaki. – Reuters
Langkah membasmi Zika mula dijalankan di tempat-tempat yang disyaki. – Reuters

Zika juga disyaki mempunyai kaitan dengan gangguan neurologi yang digelar sindrom Guillain-Barre.

Brazil, negara yang paling hebat dilanda, mengeluarkan amaran pada Oktober tahun lepas, apabila kes-kes ruam microcephaly muncul di kawasan timur laut.

Sejak itu, terdapat 270 kes microcephaly disahkan dan kes 3,448 kes disyaki, dari 147 kes pada 2014.

Di tengah-tengah meningkatnya kes-kes microcephaly, Colombia, Ecuador, El Salvador, Jamaica dan Puerto Rico juga telah memberi amaran kepada wanita untuk melewatkan kehamilan sehingga wabak Zika dapat dikawal.

Kegelisahan terhadap Zika telah tersebar melampaui kawasan-kawasan Eropah dan Amerika Utara, di mana puluhan kes telah dikenal pasti dalam kalangan orang yang kembali dari percutian atau urusan perniagaan di luar negeri. – AFP