WHO isytihar Liberia bebas wabak Ebola

WHO isytihar Liberia bebas wabak Ebola

MONROVIA, 13 Jan (AFP) – Wabak Ebola dua tahun yang memusnahkan komuniti di seluruh Afrika barat dan membunuh lebih daripada 11,000 orang dijangka diisytiharkan berakhir pada Jumaat dengan Liberia menjangka semuanya bebas daripada wabak berkenaan.

Wabak pathogen tropika paling teruk dalam sejarah telah memusnahkan perkhidmatan kesihatan dan memusnahkan ekonomi negara yang terjejas paling teruk sejak ia muncul di selatan Guinea pada Disember 2013.

Pada kemuncaknya, wabak melanda bandar ibu negeri Guinea, Liberia dan Sierra Leone, dengan mayat bertimbun di jalan raya dan hospital mencatat beratus kes baru seminggu.

“Kami berharap Liberia akan diisytiharkan bebas daripada Ebola oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia,” kata Francis Karteh, ketua pegawai perubatan Liberia dan tokoh utama dalam respon terhadap wabak berkenaan.