WI raikan bulan Syawal

WI raikan bulan Syawal

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 9 Ogos – Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Negara Brunei Darussalam Cawangan Tutong, petang tadi, telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di kediaman rasmi Pegawai Daerah Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah isteri pegawai Daerah Tutong, Dayang Norfaridah binti Haji Ahad.

Majlis sambutan telah diserikan dengan beberapa persembahan hiburan dan lagu Hari Raya daripada setiap cawangan.

Pengerusi majlis, Hajah Zainun binti Abdul Latif berkata majlis yang dikendalikan oleh WI cawangan Tutong pada tahun ini bertujuan bagi meraikan bulan Syawal serta mengeratkan lagi silaturahim dan saling bermaaf-maafan di antara ahli-ahli WI.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah isteri pegawai Daerah Tutong, Dayang Nor Faridah (tengah)
Hadir selaku tetamu kehormat ialah isteri pegawai Daerah Tutong, Dayang Nor Faridah (tengah)
Majlis sambutan Hari Raya diserikan lagi dengan beberapa persembahan nyanyian daripada ahli-ahli setiap cawangan persatuan.
Majlis sambutan Hari Raya diserikan lagi dengan beberapa persembahan nyanyian daripada ahli-ahli setiap cawangan persatuan.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan mengenai kegiatan persatuan yang menurutnya pelbagai program dan kegiatan telah berjaya diungkayahkan khususnya dalam mengetengahkan isu-isu penting yang melibatkan kehidupan masyarakat dan lebih menfokuskan kepada aspek kesejahteraan kaum wanita, kanak-kanak dan keluarga.

Pada tahun ini, katanya, WI Tutong berjaya mengumpulkan derma sebanyak $1,050 untuk tabung anak-anak yatim yang mana sumbangan ini menunjukkan keprihatinan ahli-ahli terhadap golongan yang memerlukan dan diharap dapat menambah keceriaan mereka semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Selain menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan, WI Daerah Tutong juga diberi kepercayaan mengendalikan acara-acara sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seperti penyertaan persembahan padang dan pentas.

ARTIKEL YANG SAMA