WI sertai majlis tadarus

WI sertai majlis tadarus

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jun – Bagi mengambil keberkatan dalam bulan Ramadan ini, majlis keagamaan giat dilaksanakan oleh pelbagai pihak di negara ini, dan baru-baru ini, seramai 70 ahli Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) tidak ketinggalan menyertai Majlis Tadarus anjuran Majlis Wanita.

Majlis berlangsung di kediaman Timbalan Yang DiPertua WI, Datin Hajah Mariam binti Abdullah.

Penyertaan ahli-ahli WI Cawangan Daerah Brunei dan Muara ini adalah bagi menyemarakkan suasana bulan Ramadan seterusnya mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli-ahlinya.

Ahli-ahli WI bergambar ramai dengan Datin Hajah Mariam.
Ahli-ahli WI bergambar ramai dengan Datin Hajah Mariam.

ARTIKEL YANG SAMA