Wickham Black Cats sertai Palace

Wickham Black Cats sertai Palace

LONDON,4 Ogos (AFP) – Crystal Palace telah menyambar penyerang Connor Wickham daripada Sunderland dengan persetujuan lima tahun, kelab mengumumkan semalam.

Pasukan selatan London itu akan membayar 7 juta pound bayaran permulaan untuk pemain berusia 22 tahun itu dan boleh meningkat kepada 9 juta pound bergantung kepada persembahannya.

“Saya rasa saya perlu memulakan hidup baru. Saya sudah empat tahun di utara dan ia adalah satu permulaan yang bagus,” kata Wickham.

“Sekarang saya kembali ke kampung halaman dan ada masa lebih bersama keluarga dan biarlah bola sepak saya bercakap.

“Saya bercakap dengan Alan Pardew minggu lepas dan beliau berkata semua perkara yang betul tentang kelab dan saya telah mendapat rakan-rakan di sini yang juga memberitahu saya beberapa perkara yang sangat baik.

“Saya melihat pasukan sebelum tiba di sini dan pemain yang telah dibawa masuk dan potensi untuk menjaringkan gol dan peluang yang boleh diwujudkan adalah satu pengaruh besar. Mudah-mudahan saya boleh menambah bakat dan menjadikan skuad lebih kukuh,” kata Wickham.

Bekas pemain antarabangsa Bawah-21 England tidak berapa konsisten empat tahun di Stadium of Light selepas tiba dari Ipswich Town dengan perjanjian 8 juta pound pada 2011.

Dia menjaringkan 15 gol dalam 91 penampilan tetapi menikmati kempen paling konsisten musim lalu apabila menjaringkan enam gol dalam 40 penampilan ketika Black Cats berjuang mengatasi penyingkiran.

ARTIKEL YANG SAMA